Saturday, May 14, 2011

LADAP - 14 Mei 2011

Seperti biasa, sebagai menambahkan ilmu dan kecekapan para guru, LADAP diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Billik As-Sayyidah Pauziah. Sesi pagi ini dimulakan dengan ucapan dan taklimat yang diberikan oleh Puan Pengetua, Pn Hjh Hamizah Hassan.








 Sesi diteruskan dengan pengumuman khas dari GPK1, Pn Hatina Yakob.


Slot yang ditunggu-tunggu pun dimulakan dengan usaha bersama Tn Hj Abd Aziz Yunos dan Pn Aisah Mohamad.



Guru-guru memberikan komitmen yang sangat baik, bersedia dengan komputer riba masing-masing. 


Sunday, May 1, 2011

HERBS and US.....

Have you heard about the "Lempoyang" plant? As shown in this diagram, the flower is just look alike the ginger flower. Lempoyang also known as "Wild Ginger".

Wild Ginger
  The picture above is of the lempoyang or wild ginger inflorescence growing from a ginger plant in Tuan Haji Ahmad Hasnin's garden. Ginger as we all know is the closest linked to one in what is known as Chinese Ginger. Again, though there are several types of edible Ginger, commonly included in food preparation, one stands out as real "Ginger" - is this species - under the group name of Zingiber. Halia in Malay. Scientifically as Zingiber officinale. The flower is now locally recognized as "Shampoo" by the florist. The color of the inflorescence varies with locality and also the age of the bloom. They would normally seen as a cluster of "Flowers" Some clusters can grow quite big having more than 20 inflorescence at one time. This is an annual affair.There are three common species of this flower, zinziber spectabile (tepus tanah), zinziber puberlum (lempoyang anjing) and zinzerber griffithil (tepus merah). 

Versi Bahasa Melayu
NAMA HERBA : Lempoyang
NAMA SAINTIFIK : Zingziber zerumbet 
  Tumbuhan yang sama seperti spesies halia. Daun dan rizomnya berakar seperti halia.Tumbuh meliar di kawasan tanah pamah. Mempunyai bunga yang cantik. Ketinggian 30 – 50cm dari tanah. Membiak melalui pecahan rizom dan pecahan rumpun.


KEGUNAAN:
Mandian ibu bersalin dan dibuat ulam. Membersihkan kulit, menambah selera makan, mengubat masalah disentri bbuasir, menghilangkan cacing, bunag angin dan bisa-bisa badan.

Pokok herba kedua yang ingin diketengahkan adalah pokok "Mas Cotek". Pada asalnya pokok ini merupakan tumbuhan menumpang pada pokok lain. Ia tumbuh di kawasan belukar atau kawasan pergunungan. Ketinggiannya lebih kurang 20 kaki dan di bahagian batangnya terdapat buah yang terbit di celah daun. Bentuk daunnya bulat dan besar atau bujur telur atau lonjong. Perlu diingat bahawa daun yang bulat merupakan mas cotek betina sementara yang bujur merupakan mas cotek jantan. Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bintik emas di permukaannya manakala di bahagian bawahnya berwarna kuning emas dan tompok-tompok hitam.

KEGUNAAN:
  Mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.

Mas Cotek (tanaman sendiri)
NAMA HERBA : Mas Cotek
NAMA SAINTIFIKFicus deltoidea

Seterusnya, pernahkah anda menikmati jus markissa? Selembut namanya, pokok buah markissa ini boleh ditanam di mana sahaja dan boleh berbuah sepanjang tahun tanpa terhalang oleh iklim dan cuaca.

KEGUNAAN:
Boleh dibuat jus, dan sirap. Baik untuk kesihatan dan kecantikan. Boleh mengubati kanser, darah tinggi, menurunkan kolesterol dan sebagai antioksidan. Batangnya boleh dibakar untuk mematikan hama, abunya boleh dibuat lulur kosmetik untuk badan sementara minyaknya boleh digunakan untuk boleh digiling dan dapat mengeluarkan minyak untuk mengubati kerutan pada kulit wajah.

Buah Markissa(tanaman kawan)

Buah Markissa mudah ditanam
Seterusnya pokok belimbing tanah mempunyai buah yang seakan-akan serupa dengan buah belimbing besi, tetapi saiz buahnya yang asangat kecil, sesuai dengan saiz pokoknya yang setinggi 5 - 6cm sahaja. Buahnya boleh dimaakan terus. Ia mempunyai berbagai khasiat kesihatan.

Belimbing Tanah hidup meliar di sekitar rumah
KEGUNAAN:
Buah yang dimakan untuk mengubati penyakit darah tinggi, Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me­nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah jantung serta dapat menghilangkan da­haga. 

NAMA HERBA :Belimbing Tanah
NAMA SAINTIFIK : Oxalis barrelieri
sebahagian artikel diedit dari :
http://linaherbs.blogspot.com/2008_08_01_archive.html
http://pahitjadiubat.blogspot.com/2010/06/ini-lah-buah-bila-di-magnifykan-ia.html