For all Science students of Form 5(5 March 2012/Monday) and Form 4(2 March 2012/Friday), GOOD LUCK and All The Best for the coming Test. Ready yourselves and try your best. May Allah always be with you, and may success be yours.....
Tuesday, February 28, 2012
Monday, February 27, 2012
Tips 27 Februari 2012 - FOKUS
Antara tips ingatan dalam sejenak bersama pentadbir perhimpunan hari ini : Untuk menjadikan pembelajaran seseorang murid itu lebih berkesan dan boleh menyumbangnya ke arah pelajar cemerlan, untuk sesuatu sesi P&P itu, hendaklah murid itu :
1) Bersangka baik kepada guru sebelum guru memulakan sesi P&P.
2) FOKUS sepanjang sesi P&P berlangsung
3) Terus bertanya di akhir sesi P&P, bagi mana-mana bahagian yang terlepas pandang.
Maka, amalakanlah... Semoga kejayaan menjadi milik anda semua...
* Untuk menjalankan tips kedua, iaitu FOKUS, otak manusia selaku organ yang bertanggungjawab untuk membolehkan seseorang itu fokus dalam menjalankan sesuatu kerja; contoh memandang guru dan membaca apa yang cikgu tuliskan. Untuk melakukan proses memandang dan membaca tadi pula, dengan kehadiran kanta dalam bebola mata manusia, cahaya difokuskan kepada imej supaya otak dapat mentafsir apa yang dilihat dan apa yang dibaca.....
Selamat Memberikan Tumpuan(FOKUS) di dalam kelas anda...
Latihan Otak dan Mata : *Fokus dahulu sebelum menjawab .....
Adakah garisan-garisan ini lurus? |
Bola-bola biru kecil ini sebenarnya tidak bergerak! Mengapa? |
Bolehkah anda membaca perkataan, bukan warna perkataan itu? |
Monday, February 6, 2012
The Memories.....
All in memories.... The most important thing is to remember all the most popular sub-topics from this activity; such the differences between the human circulatory system and the amphibian circulatory system (also comparison with the fish and insect circulatory system)
Tekanan Darah Rendah / Low Blood Preasure(Hypotension)
Penyakit tekanan darah rendah atau Hipotensi (Hypotension) adalah suatu keadaan di mana tekanan darah seseorang turun dibawah angka normal, iaitu mencapai nilai rendah 90/60 mmHg. Tidak seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah ditentukan terutama oleh tanda-tanda dan gejala-gejala dari aliran darah yang rendah dan bukan oleh angka tekanan darah yang spesifik. Tekanan darah ditentukan oleh dua faktor, iaitu :
i) Jumlah darah yang dipam oleh ventrikel kiri jantung ke dalam arteri-arteri.
ii) Daya tahan (resisten) pada aliran darah yang disebabkan oleh dinding-dinding dari arteriol (arteri-arteri yang lebih kecil).
Pada umumnya tekanan darah cenderung lebih tinggi jika lebih banyak darah yang dipam ke dalam arteri-arteri atau jika arteriol-arteriol adalah sempit dan keras. Jika arteriol-arteriol sempit dan keras, keadaan ini akan menahan aliran darah, meningkatkan tekanan darah. Sebaliknya, tekanan darah cenderung lebih rendah jika lebih sedikit darah yang dippma ke dalam arteri-arteri atau jika arteriol-arteriol adalah lebih besar dan lebih lentur. Disebabkan itu, ia mempunyai kurang ketahanan (resisten) pada aliran darah.
Gejala umum pada seseorang yang mengalami tekanan darah rendah adalah mereka sering mengeluh dengan keadaan sering pening, sering menguap, penglihatan terkadang dirasakan kurang jelas terutama selepas duduk lama lalu bangun dan terus berjalan, berpeluh dingin, merasa cepat letih tidak bertenaga, bahkan sehingga boleh mengalami pengsan yang berulang.
Orang-orang yang mempunyai tekanan darah rendah mempunyai risiko yang lebih rendah dari stroke, ginjal dan jantung. Olahragawan, orang-orang yang berolahraga secara teratur, orang-orang yang memelihara berat badan yang ideal, dan orang-orang bukan perokok cenderung mempunyai tekanan-tekanan darah yang lebih rendah. Oleh karenanya, tekanan darah rendah diinginkan sepanjang ia tidak cukup rendah untuk menyebabkan gejala-gejala dan merosak organ-organ dalam tubuh badan.
Orang-orang yang mempunyai tekanan darah rendah mempunyai risiko yang lebih rendah dari stroke, ginjal dan jantung. Olahragawan, orang-orang yang berolahraga secara teratur, orang-orang yang memelihara berat badan yang ideal, dan orang-orang bukan perokok cenderung mempunyai tekanan-tekanan darah yang lebih rendah. Oleh karenanya, tekanan darah rendah diinginkan sepanjang ia tidak cukup rendah untuk menyebabkan gejala-gejala dan merosak organ-organ dalam tubuh badan.
Faktor-faktor yang mengurangkan isipadu darah, mengurangkan jumlah darah yang dipam oleh jantung dan ubat-ubatan adalah penyebab terjadinya tekanan darah rendah. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tekanan darah rendah (hipotensi) yang menimpa, di antaranya:
i) Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar memacu peningkatan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat.
ii) Pengambilan ubat-ubatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktiviti seharian, selain itu doktor hanya akan memberikan vitamin support/placebo) serta beberapa saran yang dapat dilakukan bagi pesakit.
iii) Mengambil makanan yang cukup kandungan kadar garamnya.
iv) Pada golongan wanita dianjurkan untuk mengenakan sarung kaki(stocking) yang elastik.
v) Beriadah dengan teratur seperti berjalan pagi selama 30 minit, dengan kadar minimum 3 kali seminggu dapat membantu mengurangkan timbulnya gejala.
Sekali lagi harus difahami bahawa tekanan darah rendah membawa erti bekalan darah tidak maksimum ke seluruh bahagian tubuh badan. Terdapat juga kajian telah membuktikan bahawa pengambilan buah anggur(klik sini) dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah rendah.