Wednesday, March 28, 2012

Pokok Enau / Kabung

Daughter : Asmaa' dah tulis(rekod) semua buku dalam buku NILAM.

Ibu : Berapa banyak buku yang Chemak(panggilan manja Asmaa') tulis tadi....?

Daughter : Ada 3....(sambil menunjukkan kepada ibu)

Ibu : Mmm....buku ni bagus, tentang Pokok Enau. Buku macam ni elok dibaca, sebab banyak maklumat yang boleh kita dapat...

Daughter : (sambil mengambil semula buku itu lalu membelek....)....pokok enau ni macam pokok kelapa ya, bu...? dia tinggal(tumbuh) kat belukar.... Lidi dia boleh dibuat penyapu....


Pokok Enau / Kabung
 Pokok Kabung atau juga dikenali sebagai pokok Enau di Indonesia, (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.
 Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.
Pokok Kabung yang umpama pokok palma
 Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.
Buah Kabung yang berjuntai pada tandan
 Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.
Buah Kabung
Pokok Kabung - sumber Wikipedia
Tandan pokok Kabung yang berjuntaian tandannya
 Di Kampung Gajah, Perak, tandan buah kabung dikait dengan pengait setinggi 30 kaki atau pokoknya dipanjat. Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan. Buah kabung dileruikan (dipisahkan) dari tangkainya dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan. Setelah 1-2 jam direbus, buah tadi dibelah dua atau tiga. Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat. Warnanya putih jernih. Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan diberi pewarna.
Buah Kabung selepas dibubuh pewarna
 Buah kabung kekadang disebut sebagai buah kantor. Isi kantor ini dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang dijual di pasar Ramadan di Kampung Gajah, Perak.
 Biji buah Pokok Kabung merupakan buah atap yang lut cahaya dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang. Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau (klik untuk info & foto tambahan)
Pokok Kabung dipanjat untuk mendapatkan nira
Air Nira
 Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.
Buah Kabung dalam ABC
Buah Kabung dalam sejenis pencuci mulut di Kelantan; Locong
Buah Kabung dalam Ais Batu Kacang "Superb"
Peribahasa Melayu kita ada mengambil nama "Enau" ini; iaitu :

"Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"
Maksudnya = mementingkan diri sendiri dan tidak suka untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

Sunday, March 25, 2012

Kanggaru

  Kangaroo ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam famili Macropodidae. Dalam kegunaan am istilah ini digunakan untuk menghuraikan spesis terbesar dalam famili tersebut, iaitu Kanggaru Merah, Kanggaru Antelop dan Kanggaru Kelabu Timur dan Barat dalam genus Macrapus. Famili tersebut juga merangkumi banyak spesis yang lebih kecil termasuk walabi, kanggaru pokok, walaroo, pademelon dan Quokka, iaitu jumlahnya 63 spesis yang hidup. Kanggaru adalah endemik kepada benua Australia, manakala makropod yang lebih kecil ditemui di Australia dan New Guinea.

Kanggsru Merah
Kanggaru Antelop
Kanggaru Kelabu Timur
  Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan. Namun, timbul juga kontroversi mengenai penternakan kanggaru untuk dagingnya.

Kanggaru merupakan satu ikon negara Australia: haiwan ini sering ditampilkan pada jata negara Australia, diadun pada sesetengah bentuk matawang dan juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan Australia, termasuk syarikat penerbangan Qantas.