Friday, November 29, 2013

Biology thru inquiry

Sejajar dengan hasrat untuk melahirkan murid-murid yang mampu mengintepretasikan maklumat yang lebih kompleks secara mengenalpasti strategi penyelesaian yang sesuai serta mampu mempersembahkan hasil kajian secara berkesan, maka Panitia Biologi SMKASR mengambil kesempatan ini untuk memberi pendedahan kepada para pelajar aliran Sains Tulen iaitu calon-calon SPM 2014 serta mengambil bahagian secara proaktif.

Berikut disediakan 4 persoalan Cabaran Minda yang perlu diselesaikan :

1) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masa bagi seseekor ulat gonggok untuk membuka gulungannya     apabila disentuh?

Trigoniulus corallinus (Ulat Gonggok)

2) Adakah jenis medium yang digunakan memberi kesan kepada penghasilan bunga pokok Japanese Rose ?

Japanese Rose
3) Berapa lamakah masa bagi seekor cicak akan menumbuhkan semula ekornya yang terputus akibat
    diserang musuh?
Cicak

4)  Apakah kesan kedudukan seseorang dengan individu lain terhadap proses perpeluhan badan?          
     Cadangkan cara mengatasinya.



Setiap penyelesaian hendaklah disertai dengan bukti seperti data, gambar foto, graf dan lain-lain. Laporan hendaklah disediakan mengikut format laporan saintifik. Laporan boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Dwibahasa.

Mana-mana pelajar yang dapat menyertai Cabaran Minda ini akan menerima saguhati penyertaan pada Minggu Sains & Matematik 2014 akan datang. Sekiranya penyertaan adalah menggalakkan, maka ia akan dipertandingkan.

SELAMAT MENCUBA!

Anda Sedar atau Tidak.....


KERJA RUMAH CUTI SEKOLAH (untuk pelajar tingkatan 4 / 2013)


Hampir 2 minggu telah berlalu cuti persekolahan akhir tahun 2013 ini. Pihak Panitia memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan entri ini dimasukkan. Apa yang diharapkan agar anak-anak didik semuanya tetap telah dapat mengkualitikan waktu cuti ini sebaik-baiknya.

Berikut dibekalkan 2 soalan esei tambahan terkini sebagai kerja rumah untuk kesemua 85 orang calon Biologi SPM 2014. Jawapan perlu dihantar pada minggu pertama persekolahan, iaitu selewat-lewatnya 3 Januari 2014(Jumaat).

Soalan 1 :






Soalan 2 :