Friday, November 29, 2013

Biology thru inquiry

Sejajar dengan hasrat untuk melahirkan murid-murid yang mampu mengintepretasikan maklumat yang lebih kompleks secara mengenalpasti strategi penyelesaian yang sesuai serta mampu mempersembahkan hasil kajian secara berkesan, maka Panitia Biologi SMKASR mengambil kesempatan ini untuk memberi pendedahan kepada para pelajar aliran Sains Tulen iaitu calon-calon SPM 2014 serta mengambil bahagian secara proaktif.

Berikut disediakan 4 persoalan Cabaran Minda yang perlu diselesaikan :

1) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masa bagi seseekor ulat gonggok untuk membuka gulungannya     apabila disentuh?

Trigoniulus corallinus (Ulat Gonggok)

2) Adakah jenis medium yang digunakan memberi kesan kepada penghasilan bunga pokok Japanese Rose ?

Japanese Rose
3) Berapa lamakah masa bagi seekor cicak akan menumbuhkan semula ekornya yang terputus akibat
    diserang musuh?
Cicak

4)  Apakah kesan kedudukan seseorang dengan individu lain terhadap proses perpeluhan badan?          
     Cadangkan cara mengatasinya.



Setiap penyelesaian hendaklah disertai dengan bukti seperti data, gambar foto, graf dan lain-lain. Laporan hendaklah disediakan mengikut format laporan saintifik. Laporan boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Dwibahasa.

Mana-mana pelajar yang dapat menyertai Cabaran Minda ini akan menerima saguhati penyertaan pada Minggu Sains & Matematik 2014 akan datang. Sekiranya penyertaan adalah menggalakkan, maka ia akan dipertandingkan.

SELAMAT MENCUBA!

Anda Sedar atau Tidak.....


KERJA RUMAH CUTI SEKOLAH (untuk pelajar tingkatan 4 / 2013)


Hampir 2 minggu telah berlalu cuti persekolahan akhir tahun 2013 ini. Pihak Panitia memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan entri ini dimasukkan. Apa yang diharapkan agar anak-anak didik semuanya tetap telah dapat mengkualitikan waktu cuti ini sebaik-baiknya.

Berikut dibekalkan 2 soalan esei tambahan terkini sebagai kerja rumah untuk kesemua 85 orang calon Biologi SPM 2014. Jawapan perlu dihantar pada minggu pertama persekolahan, iaitu selewat-lewatnya 3 Januari 2014(Jumaat).

Soalan 1 :






Soalan 2 :



Sunday, September 22, 2013

Sekitar Minggu Sains & Matematik - Jun 2013

Perasmian Penutup oleh Tuan Pengarah
Gimik : Pelancaran roket
Sebelum roket dilancar

Tekun mendengar penerangan tentang bahan radioaktif
Tuan Pengarah mencuba nasib
Cuba meneropong objek jauh dengan teleskop 
Bahan pameran - Panitia Biologi
Antara pengunjung yang hadir
Bahan pameran - Panitia Kimia
Bahan pameran - Panitia Fizik
Antara petugas dan guru yang terlibat

Pembentangan kumpulan Saintis Muda Biologi
 
Pembentangan kumpulan Saintis Muda Biologi
Pembentangan kumpulan Saintis Muda Biologi
Penerangan dari guru - Saintis Muda Kimia
Perbincangan kumpulan Saintis Muda Fizik
Teknik Menjawab Biologi
Antara pemenang Anugerah Saintis Muda
Ketua Kumpulan Saintis Muda Biologi

Wednesday, May 22, 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun SPM 2013

Semoga cemerlang!

22 Mei 2013 - Peperiksaan Pertengahan Tahun unutk subjek Biologi Tingkatan 5.

Semoga semua calon akan dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab dengan sebaiknya, insya Allah......

Sunday, May 19, 2013

SPM 2012 info......

Alhamdulillah, pada 21 Mac yang lalu, keputusan SPM 2012 telah menunjukkan suatu lonjakan saujana bagi subjek Biologi. Purata Nilai Gred Subjek(PNGS) untuk tahun ini ialah 2.65, berbanding 3.47 pada tahun lalu. Sejumlah 37 orang calon SPM 2012 yang lalu telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang(A+, A dan A-) untuk subjek Biologi, iaitu 45.7%. Ini merupakan peningkatan peratus cemerlang yang berganda, mengatasi peratus cemerlang kedua terbaik (tahun 2010 : 38.5%) dan terbaik (tahun 2007 : 39.1%)

Ini merupakan suatu rekod baru yang telah dicipta oleh calon-calon batch SPM 2012. Selain daripada itu juga, peratus pencapaian cemerlang tertinggi telah meningkat, di mana seramai 3 orang telah berjaya memperolehi A+ berbanding seorang pada tahun lalu. Mereka adalah Nur Syukrina bt Ismail, Farah bt Yusof dan Nur Liyana bt Razali; kesemuanya dari tingkatan 5 Al-Khawarizmi. SYABAS untuk kalian.

Pertambahan 3 orang untuk A+
Berikut adalah senarai keputusan untuk mereka yang mendapat keputusan cemerlang Biologi :

SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENDAPAT CEMERLANG TERTINGGI (A+):

1) Nur Syukrina bt Ismail - 5AK
2) Farah bt Yusof - 5AK
3) Nur Liyana bt Razali - 5AK

SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENDAPAT CEMERLANG TINGGI (A) :

1) Hani Najah bt razak @ Abdul Razak - 5AK
2) Noorashafika bt Irman - 5AK
3) Mardhiah bt Mazlan - 5AK
4) Aini Shafiqah bt Salleh - 5IK
5) Nurhazirah Hanani bt Mohd Rodzi - 5IK
6) Nuradibah bt Idris - 5IK
7) Humairah bt Mohd Ghazali - 5AK
8) Rahimah bt Abd Wahab - 5AK
9) Sharifah Nur Amalina bt Syed Salleh - 5AK
10) Nur Nazihah bt Mazlan - 5IK
11) Nurul Aida Radhiah bt Ibrahim - 5IK
12) Aliah Syuhada bt Amir - 5AK
13) Nur Syuhada bt Ibrahim - 5IR
14) Fatin Nur Syakirah bt Zailani - 5AK
15) Lyana Atiqah bt Kamarudin - 5AK
16) Sharifah Farhah Athirah bt Syed Abd Halim - 5AK
17) Siti Nabihah bt Mohd Shamsir - 5AK
18) Safwah Najihah bt Baharin - 5IR
19) Siti Hazirah bt Jamaluddin - 5IR
20) Siti Nur Nadhirah bt Said Azmi - 5AK
21) Nor Faten bt Hasbullah - 5AK
22) Nur Asfidilla bt Azanor - 5AK
23) Nurul Natasya bt Mamat - 5IR

SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENDAPAT CEMERLANG (A-) :

1) Nur Hikmah bt Abd Ghapar - 5AK
2) Nurfatin Aida bt Roslan - 5IK
3) Izzatul Afina bt Daud - 5AK
4) Liyana Nadhirah bt Abdul Jamil - 5IK
5) Annis Nazirah bt Abdul Aziz - 5AK
6) Sarah Alia bt Md Wakif - 5AK
7) Hasnatul Mardiaah bt Mohd Rozhi - 5IK
8) Amirah bt Mohd Ariff - 5IK
9) Nur Sholihah bt Ramlee - 5IK
10) Nur Amira Rasyidah bt Mohd Rashid - 5AK
11) Zarifah Thuraiya bt Abdullah - 5IK




Thursday, April 25, 2013

Program AL JAUHAR 2013

Tanggal 25 Mac 2013(Isnin) slot Biologi bagi srikandi Al Jauhar pun tiba.... Berbekalkan sedikit ilmu yang ada, segala apa kemahiran yang boleh dikongsikan bersama anak-anak didik yang dikasihi, sesi ini diakui sendiri oleh peserta bahawa ianya yang paling serius berbanding slot yang lain. Wallahua'lam....






Walaubagaimanapun, sebagai orang yang menyampaikan....kekadang itu dapat diperhatikan dari riak wajah anak-anak ini - seumpama tidak berapa dapat menumpukan sepenuh perhatian dek keadaan yang 'agak bising' dengan sajian "3 dalam 1" pada slot yang sama ini.....cubalah teka, apa dia....

Di awal sesi.....
Take 5!
Fokus!
Siapa hujung sekali tu.....?
candid!
Sememangnya kesungguhan yang ada dalam diri anak-anak didik ini boleh dibanggakan.... Apa yang diharapkan agar usaha-usaha kerdil ini sekali lagi mendapat keberkatan dari Allah demi melahirkan insan-insan cemerlang; yang hidup jiwa dan pemikirannya sebagai bukti keberkesanan proses pertarbiyahan di sekolah ilmu dunia wal akhirah ini.....

Maka, mereka inilah yang akan meneruskan kejayaan-kejayaan seterusnya yang pernah digarap senior dan super senior terdahulu....sepertimana yang dititipkan dalam beberapa slaid ini :




Apa yang menjadi harapan adalah, suatu kefahaman yang jelas di kalangan semua - bahawa proses mencari ilmu ini biarlah menjadi suatu kemestian dalam hidup seseorang itu, bukan sekadar untuk mencapai gelaran semata-mata. Dengan itu - agar terbangun minda dan rohani setiap umat Muhammad saw di akhir zaman ini supaya terus mencintai ilmu kerana Nabi amat sayang akan umatnya yang berilmu.....


Tuesday, April 23, 2013

Strategi disajikan, kecemerlangan diharapkan....

Pada 24 Mac 2013 yang lalu, seperti biasa Program Gerak Minda siri 1 berlangsung untuk subjek Biologi. Sungguhpun pada suatu pagi Ahad....., mulai jam 8 pagi sehinggalah jam 10 pagi, anak-anak srikandi subjek Biologi untuk tahun 2013 berkumpul di Dewan Blok F, bagi membincangkan sedikit teknik Kertas 3.

Soalan yang dibawa ke dalam perbincangan ialah dari tajuk Bab 1 Tingkatan 5 sendiri - dengan harapan agar biar masih segar dalam ingatan akan topik yang baru dipelajari, mentelah lagi eksperimen seumpama ini merupakan eksperimen pilihan untuk PEKA bagi Tingkatan 5.

Dari segi kehadiran, agak memuaskan - di mana 96% hadir untuk slot ini.





Semoga segala usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatan dari Allah swt, insya Allah....

Bagi kumpulan sasaran kecemerlangan, iaitu srikandi-srikandi Al-Jauhar, misi mereka tidak berakhir pada tarikh 24 Mac ini, kerana mereka akan meneruskan lagi perbengkelan dan ceramah teknik menjawab subjek sehinggalah 27 Mac. Bagi subjek Biologi sendiri, 26 Mac - sambungan entri kali ini.....nantikan.....