Sunday, May 27, 2012

SPM 2012 candidates VS Gerak Minda

Seperti biasa, Program Gerak Minda ke-2 untuk slot Biologi telah berlangsung pada 26 Mei 2012, bertempat di Dewan As-Sharifah. Menurut jadual, slot Biologi adalah mulai 10.30 hingga 1.00 tengahari, namun slot hanya dapat dimulakan mulai 10.50 dan berakhir pada 1.20 petang.



Kehadiran pelajar (calon-calon SPM 2012) untuk calon Biologi adalah 90.1 %. Seramai 73 orang yang hadir daripada 81 orang calon kesemuanya.


Sunday, May 6, 2012

The "TOP TEN" famous entry of this Blog

Today, a few minutes was taken to analyse the most popular entry of this blog. Really appreciate all the blogwalker to know all the informations and share the ideas for good things. Here, I list the most popular entry, meaning the TOP TEN famous entry, after about 2 years being the admin of this blog, since March 2010.

The "TOP TEN" famous entry :

1) Human Blood Circulatory System


2) Movement of Substances Across the Plasma Membrane

3) All About Plants


 
4) Artherosclerosis, Oedema, Osteoporosis, Arthritis, Diabetes mellitus

 
5) Optical Illusion


 6) Analisis Kumpulan Darah : Faktor Rhesus



7) Anggun Kau Helang

 
8) Do you know about AIDS and HIV?


9) Porcupine - Don't Be Confused



10) Keunikan Kuda Laut



Ulasan versi Bahasa Melayu : Nampaknya entri Bahasa Inggeris lebih digemari. Satu perkara lagi, entri yang berkaitan pengetahuan am turut menjadi pilihan.

Pihak Admin akan meningkatkan lagi kualiti blog ini sejejar dengan target perancangan Panitia Biologi untuk tahun ini. Apa yang diharapkan, adalah sokongan padu dan berterusan dari semua pihak.



Saturday, May 5, 2012

Alzheimer dan anda

dalam bahasa mudah, Alzheimer adalah nyanyuk. Bagi mereka yang mengalami Alzheimer melampau, berlaku pengecutan otak, terutamanya bahagian korteks serebrum.

 Pesakit Alzheimer juga mengalami kekurangan bilangan sel saraf (neuron); maka kuranglah sinaps yang dipunyai oleh mereka berbanding dengan otak mereka yang normal.


Dari pembacaan, di peringkat permulaan, seseorang yang mula mengidap Alzheimer, bahagian serebrum yang melibatkan bahagian pembelajaran dan kebolehan mengingat yang akan mula-mula mengalami kemerosotan jisimnya. Dan ini diikuti pula oleh bahagian pemikiran dan kebolehan merancang. Rujukan : sini

Dari Wikipedia, penyakit Alzheimer ini dimaksudkan dengan :

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.


Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Dalam kelas P&P terdahulu, ada murid yang bertanya tentang kemungkinan mendapat Alzheimer ini di usia muda...  Mungkin artikel ini boleh membantu....klik sini.

Amat malanglah jika di usia muda sudah mula ada tanda-tanda menjadi seorang pelupa. Di dalam Islam, banyak doa yang boleh diamalkan untuk memanjangkan ingatan.


Mungkin juga faktor-faktor berikut, menjadi penyebab kita mudah menjadi seorang yang pelupa :
23 Faktor-faktor yang menyebabkan kita menjadi pelupa
1. Melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa
2. Selalu bersedih dan rungsing
3. Makan daun ketumbar
4. Makan buah dan makanan yang masam
5. Melihat kepada yang kena sula @ lambang salib
6. Membaca tulisan yang terdapat di kepok atau batu nisan kubur (Kecuali untuk mencari kubur orang tertentu)
7. Berjalan diantara unta-unta yang dirantai
8. Membuang serangga “Tuma” yang masih hidup ke tanah
9. Berbekam di lubang tengkok
10. Melihat kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain (tanpa sebab)
11. Makan makanan dari sisa semut dan tikus
12. Makan kepala ikan
13. makan makanan yang sudah basi
14. Onani (Melancap)
15. Makan organ dalaman binatang seperti hati,limpa,hati,jantung,paru,perut dan sebagainya
16. Membiasakan diri makan berlebihan
17. Meminum air antara suapan makanan
18. Melihat najis ketika membuang air besar
19. Suka memakan makanan ringan
20. menghisap rokok,mengambil dadah dan meminum arak
21. banyak ketawa
22. banyak makan bawang merah
23. Makan makanan yang haram
Sumber : sini