Saturday, July 24, 2010

Porcupine....(don't be confused with porcupine fish!)

Landak Malaysia - landak raya


Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.

Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.

Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.

Landak Albino


Beza jantina landak

Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.

Anak landak

Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari Famili Hystricidea (Legakul & Mc Neely 1977, Medway 1978, Nowak 1999) iaitu spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung).

Ada juga spesies landak yang boleh dijadikan haiwan peliharaan. Seperti jenis hedgehog ini.....

..saiznya lebih kecil dan ada variasi jenisnya. Bagi peminat-peminat mempunyai pet yang pelik-pelik, mengapa tidak anda mencuba spesies landak ini....tentu menyeronokkan...

Mmmm.....kalau di zaman kanak-kanakku, bulu landak dijadikan kayu penunjuk semasa mengaji. Sampai lusuh kayu penunjuk...nak pandai ngaji lah katakan.....



Alkisah suatu hari, perbualan 3 beranak ini membuatkan rencana ini diblogkan.....

Anak sulung : "Ibu, porcupine tu apa...yek?"

Ibu : "Dia sejenis pokok...macam pokok pine... Kenal kan? Yang tinggal kat tepi pantai tu"

Tiba-tiba si anak kedua menyampuk....

Anak kedua : "Eh! bukan ke porcupine tu, landak...."

Anak sulung : "Tapi along macam ada teringat dulu, pernah terbaca porcupine tu, ikan buntal lah, bu"

Anak kedua : "Itu porcupine fish lah...."

*untuk maklumat lanjut tentang landak, sila cari di sini : http://geogmalaysia.blogspot.com/
Blog ini juga mengandungi sukatan Geografi sekolah menengah





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails