Thursday, April 25, 2013

Program AL JAUHAR 2013

Tanggal 25 Mac 2013(Isnin) slot Biologi bagi srikandi Al Jauhar pun tiba.... Berbekalkan sedikit ilmu yang ada, segala apa kemahiran yang boleh dikongsikan bersama anak-anak didik yang dikasihi, sesi ini diakui sendiri oleh peserta bahawa ianya yang paling serius berbanding slot yang lain. Wallahua'lam....






Walaubagaimanapun, sebagai orang yang menyampaikan....kekadang itu dapat diperhatikan dari riak wajah anak-anak ini - seumpama tidak berapa dapat menumpukan sepenuh perhatian dek keadaan yang 'agak bising' dengan sajian "3 dalam 1" pada slot yang sama ini.....cubalah teka, apa dia....

Di awal sesi.....
Take 5!
Fokus!
Siapa hujung sekali tu.....?
candid!
Sememangnya kesungguhan yang ada dalam diri anak-anak didik ini boleh dibanggakan.... Apa yang diharapkan agar usaha-usaha kerdil ini sekali lagi mendapat keberkatan dari Allah demi melahirkan insan-insan cemerlang; yang hidup jiwa dan pemikirannya sebagai bukti keberkesanan proses pertarbiyahan di sekolah ilmu dunia wal akhirah ini.....

Maka, mereka inilah yang akan meneruskan kejayaan-kejayaan seterusnya yang pernah digarap senior dan super senior terdahulu....sepertimana yang dititipkan dalam beberapa slaid ini :




Apa yang menjadi harapan adalah, suatu kefahaman yang jelas di kalangan semua - bahawa proses mencari ilmu ini biarlah menjadi suatu kemestian dalam hidup seseorang itu, bukan sekadar untuk mencapai gelaran semata-mata. Dengan itu - agar terbangun minda dan rohani setiap umat Muhammad saw di akhir zaman ini supaya terus mencintai ilmu kerana Nabi amat sayang akan umatnya yang berilmu.....


Tuesday, April 23, 2013

Strategi disajikan, kecemerlangan diharapkan....

Pada 24 Mac 2013 yang lalu, seperti biasa Program Gerak Minda siri 1 berlangsung untuk subjek Biologi. Sungguhpun pada suatu pagi Ahad....., mulai jam 8 pagi sehinggalah jam 10 pagi, anak-anak srikandi subjek Biologi untuk tahun 2013 berkumpul di Dewan Blok F, bagi membincangkan sedikit teknik Kertas 3.

Soalan yang dibawa ke dalam perbincangan ialah dari tajuk Bab 1 Tingkatan 5 sendiri - dengan harapan agar biar masih segar dalam ingatan akan topik yang baru dipelajari, mentelah lagi eksperimen seumpama ini merupakan eksperimen pilihan untuk PEKA bagi Tingkatan 5.

Dari segi kehadiran, agak memuaskan - di mana 96% hadir untuk slot ini.





Semoga segala usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatan dari Allah swt, insya Allah....

Bagi kumpulan sasaran kecemerlangan, iaitu srikandi-srikandi Al-Jauhar, misi mereka tidak berakhir pada tarikh 24 Mac ini, kerana mereka akan meneruskan lagi perbengkelan dan ceramah teknik menjawab subjek sehinggalah 27 Mac. Bagi subjek Biologi sendiri, 26 Mac - sambungan entri kali ini.....nantikan.....
Related Posts with Thumbnails