Pernah dengar akan nama Ketam Kelapa atau nama Inggerisnya the Robber Crab? dalam bahasa saintifik, ia digelar sebagai Birgus latro. Haiwan ini merupakan artropoda darat terbesar di dunia. Ketam Kelapa ini hidup di pantai dekat bahagian laut, tetapi kadangkala dapat juga ditemui di daerah yang jauh (sampai 100 m di atas permukaan laut) ke arah pedalaman. Ia dipercayai hidup di darat sahaja dan tidak berupaya untuk meneruskan kemandirian hidupnya di kawasan berair, kerana ia tidak pandai berenang. Taburannya berkaitan dengan taburan tanaman kelapa, mungkin kerana haiwan itu makan buah kelapa.
Ketam Kelapa memanjat pokok kelapa |
Dengan memilih makanan utamanya buah kelapa, sampai ia sering disebut pencuri kelapa, sebab itu ia dipanggil sebagai Robber Crab dalam Bahasa Inggeris kerana menganggap ketam itu mencuri kelapa pada malam hari. Ia memang mahir memanjat pokok kelapa, dengan hujung kakinya yang runcing sebagai tangan yang bertindak sebagai pemeluk batang, sampai setinggi 20 m untuk memetik buah kelapa. Menurut cerita rakyat setempat, kalau sudah berhasil memetik buah kelapa, ia akan menjatuhkan buah itu ke tanah dan turun dulu untuk mengupas buah itu dengan sepitnya yang luar biasa kuatnya.
Bayangkanlah besarnya spesies ini |
Ketam Kelapa di sisi dua ekor anak kucing |
Setelah dikupas, buah akan dibawa naik semula ke atas pokok, dan dari atas pokok buah itu dijatuhkan ke tanah agar pecah. Barulah ia turun semula untuk makan buah yang sudah pecah tadi. Ia tidak pernah makan buah di atas pohon.
Ketam Kelapa memanjat tong sampah |
Ketam Kelapa ini adalah sejenis spesies yang boleh dimakan, yang hanya dapat ditemukan di daerah Maluku dan Sulawesi, Indonesia dan jika di Malaysia ia boleh ditemui di Pulau Sipadan, Sabah. Jika para saintis ingin menemuinya, ia biasa ditemui sekitar jam 7 ke 10 malam. Struktur badannya yang tidak bercengkerang seperti ketam yang biasa, membuatkan ia menjadikan bahagian abdomennya sebagai perisai. Berat seekor Ketam Kelapa dewasa adalah di antara 3-6 kg/ekor.
Walaupun sudah dilindungi oleh undang-undang yang melarang penangkapan mereka, masyarakat setempat masih lagi melakukan jualbeli haiwan ini, kerana haiwan ini dijadikan santapan yang istimewa lazatnya.