Friday, February 4, 2011

Do you know about AIDS and HIV?

Definition for AIDS and HIV


AIDS = Acquired Immunodeficiency Defence Syndrome
HIV = Human Immunodeficiency Virus that caused AIDS and attacks the cells of the human's immune system.


The transmission of HIV :
- through placenta(from mother to foetus)
- through body fluids(eg : blood or semen)
- through unprotected sex(with an infected person)
- sharing the needles for injections of drugs or tattoos
- blood transfussion


How to avoid yourself  / Protection steps :
- educational programs
- treating blood products used to destroy the virus
- using condoms
- not having sex(with many partners)




Versi Bahasa Melayu tentang HIV dan AIDS :

AIDS bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.

A Acquired : Bermaksud jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu lain dan bukan daripada keturunan.
I Immuno  : Keupayaan semulajadi badan melawan penyakit/jangkitan.
D Deficiency : Kurang/lemah.
S Syndrome : Gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala

APA ITU HIV
HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. Sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit. Kuman virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara perlahan-lahan.

Maklumat Tambahan tentang AIDS & HIV :

Sebagaimana yang anda mungkin telah ketahui AIDS berpunca dari serangan virus yang dipanggil HIV atau Human Immunodeficiency Virus. HIV menyerang sistem daya tahan badan seseorang sehingga ia menjadi lemah dan punah lantas ia tidak berupaya melawan serangan penyakit, sekalipun penyakit-penyakit yang biasanya ringan dan boleh disembuhkan. Seseorang yang telah disahkan dijangkiti HIV dipanggil sebagai positif HIV. Ini tidak semestinya bermakna orang itu menghidap AIDS.

AIDS pula adalah nama yang diberi kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif HIV, akibat sistem daya tahan yang telah lemah. Penyakit-penyakit yang paling biasa adalah radang paru-paru, batuk kering, beberapa jenis barah, jangkitan kulat dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap. Jangkitan-jangkitan oportunistik ini (yang mengambil kesempatan tehadap sistem daya tahan badan yang telah lemah) mungkin menyerang beberapa tahun selepas seseorang itu dijangkiti HIV.

Individu yang menunjukkan HIV positif digelar Pembawa HIV. Pembawa HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti orang biasa untuk satu jangkamasa yang panjang (5 - 10 tahun).

Tanda-tanda dan Gejala AIDS :
  • Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu.
  • Cirit-birit berlarutan.
  • Demam yang berpanjangan.
  • Batuk-batuk yang berterusan.
  • Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.
  • Barah kulit (Kaposi's Sarcoma).
  • Penyakit herpis simplex(sejenis kayap) merebak dan berulangan.
  • Jangkitan Paru- Paru (Pneomocystitis carinii pneumonia)
  • Sejenis protozoa boleh menyebabkan kematian 10-30% pesakit jika tidak dirawat. 
Susut berat badan

Radang Otak
Ulser mulut

Seseorang itu tidak dijangkiti HIV melalui :
  • Berpegang tangan dan bersalaman.
  • Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
  • Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.
  • Melalui makanan atau minuman.
  • Ciuman/pelukan.
  • Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
  • Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
  • Berkongsi buku (sekolah).
  • Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas.



1 comment:

  1. thanks 4 helping me finishing my hw bio ...<3 ms fit

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails