Saturday, August 28, 2010

I.N.S.O.M.N.I.A....

Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis or a disease. By definition, insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both" and it may be due to inadequate quality or quantity of sleep. Insomnia is not defined by a specific number of hours of sleep that one gets, since individuals vary widely in their sleep needs and practices. Although most of us know what insomnia is and how we feel and perform after one or more sleepless nights, few seek medical advice. Many people remain unaware of the behavioral and medical options available to treat insomnia.

Insomnia is generally classified based on the duration of the problem. Not everyone agrees on one definition, but generally:

  • symptoms lasting less than one week are classified as transient insomnia,

  • symptoms between one to three weeks are classified as short-term insomnia, and

  • those longer than three weeks are classified as chronic insomnia.
Statistics on Insomnia

Insomnia affects all age groups. Among adults, insomnia affects women more often than men. The incidence tends to increase with age. It is typically more common in people in lower socioeconomic (income) groups, chronic alcoholics, and mental health patients. Stress most commonly triggers short-term or acute insomnia. If you do not address your insomnia, however, it may develop into chronic insomnia.

Insomnia Causes

Many of the causes of transient and short-term insomnia are similar and they include:

  • Jet lag

  • Changes in shift work

  • Excessive or unpleasant noise

  • Uncomfortable room temperature (too hot or too cold)

  • Stressful situations in life (exam preparation, loss of a loved one, unemployment, divorce, or separation)

  • Presence of an acute medical or surgical illness or hospitalization

  • Withdrawal from drug, alcohol, sedative, or stimulant medications

  • Insomnia related to high altitude (mountains)

Friday, August 27, 2010

Anggun Kau....Helang


Burung helang (Bald Eagle) merupakan seekor burung yang amat dikenali kerana kegagahannya. Kehebatannya menangkap mangsa dan ketajaman penglihatannya amat mengkagumkan manusia. Ia selalu menjadi simbol kegagahan dan keunggulan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa untuk kekal gagah burung helang harus menghadapi fasa perubahan. Fasa ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal burung tersebut untuk menjalani proses pemulihan.

Burung helang merupakan seekor burung yang mempunyai jangka hayat paling lama. Ia mampu hidup hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun. Ketika ini seekor helang akan dilanda dilema samada untuk meneruskan kehidupannya atau menghadapi saat kematian.

Gagah bertapak di bumi

Ketika helang ini mencecah usia 40 tahun, fizikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan pergerakan terbangnya. Saat ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, samada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya. Dilema ini yang pastinya menggegarkan jiwa bukan sahaja pada burung helang tetapi juga kepada kita sebagai manusia.
Cekap menangkap ikan di laut luas

Proses pemulihan itu mengkehendaki sang helang tadi terbang ke puncak gunung dan berehat di sarangnya. Di atas puncak gunung itu sang helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut. Sang helang tadi harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon) atau kerana ia hanya boleh dicabut dengan menggunakan paruh baru yang kuat. Bayangkan kesakitan yang harus ditanggung oleh sang helang demi untuk meneruskan kehidupannya. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh pemulihan ini sang helang tadi juga tidak mampu makan. Hanya kecekalan, keyakinan dan semangat yang betul-betul kuat mampu mengatasi segala tekanan.

Terbang gagah sang helang bebas....

Sang helang yang gagah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga kuku yang baru tumbuh. Setelah itu, proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. Kini setelah 5 bulan sang helang mampu berbangga. Sang helang meraikan kemenangannya dengan memulakan penerbangan pertamanya. Sang helang merasakan seolah-olah ia telah dilahirkan semula (rebirth) dan ganjaran yang diperolehi daripada kesengsaraan yang dilalui adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi dengan kemegahan.

Sang helang kini bebas terbang di udara dengan kebanggaan, keunggulan dan kehebatan yang nyata. Ia berhak merasa megah sambil melayang di udara.

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan Ya Ramadhan


KESIMPULAN dari Tazkirah Ma'zurah - 19/8/2010

Ramadhan bermanfaat untuk manusia moden dan kemanfaatannya pula adalah berbentuk menyeluruh lagi holistik Ia merangsang kebaikan dalam pelbagai aspek, antaranya di penjuru:

  • Spiritual: Melalui ibadah seperti solat dan zikir.
  • Peningkatan Ilmu: Melalui kajian al-Quran.
  • Kesihatan Mental: Melalui tafakur, reda serta pengeluaran hormon endorphin yang mendamaikan.
  • Kesihatan Fizikal: Melalui metabolisme badan yang terkawal.
  • Pembinaan Akhlak dan Jati Diri: Melalui latihan kesabaran, pengawalan pancaindera serta ketabahan memikul tanggungjawab.
  • Amanah dan Integriti: Melalui keikhlasan dan istiqamah walaupun andai kata kita berbuka puasa tidak ada sesiapapun yang mungkin mengetahuinya.
  • Mementingkan Keutamaan: Melalui fokus mengejar janji Allah berkaitan Lailatulqadar.
  • Mementingkan Kualiti: Melalui kesedaran bahawa ibadah puasa perlu dihalusi kerana ia bukan sekadar meninggalkan makan minum.
  • Pengurusan Masa: Melalui sistem waktu solat dan puasa yang perlu dijaga.
  • Keharmonian Keluarga: Melalui konsep kebersamaan ketika bersahur, berbuka puasa dan bersolat.
  • Maslahat Kemasyarakatan: Melalui zakat fitrah serta solat berjemaah.
  • Produktiviti: Melalui peningkatan fokus dan konsentrasi.
  • Ekonomi: Melalui penjimatan wang serta pengawalan hawa nafsu.
  • Ledakan Kreativiti dan Lonjakan Paradigma: Melalui kedamaian dan kesucian hati yang menjadi semaian kepada ilham yang meledakkan idea-idea baru.

Memang benar, puasa ialah kuasa. Kesemua ini akan terhasil jika puasa dilakukan secara yang betul dengan memelihara segala adabnya. Jika tidak kita hanya akan mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Nabi bersabda, “Berapa ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat sesuatu apa pun daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibn Majah)

Monday, August 23, 2010

UJIAN 2 TAHUN 2010

Para pelajar tekun menjawab soalan semasa peperiksaan/ujian

Seawal jam 7.45 pagi ini, pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 akan menduduki Ujian 2 bagi tahun 2010. Didoakan semoga mereka semua dapat menghadapinya dengan tenang dan bersemangat; agar diberikan kejayaan yang setimpal dengan usaha yang dikerjakan....insya Allah..

Sunday, August 22, 2010

Analisis Kumpulan Darah : Faktor Rhesus

Faktor Rh menunjukkan antigen khusus yang ada di dalam darah. (Rh berasal dari nama monyet rhesus, di mana faktor tersebut ditemui).

Antigen merupakan suatu bendasing yang akan menyebabkan terhasilnya antibodi, yang sangat penting sebagai bukti berfungsinya sistem pertahanan badan seseorang. Darah seseorang dikatakan Rh-positif bermaksud darahnya memiliki antigen Rhesus dalam eritrositnya; sebaliknya darah yang Rh-negatif tidak memiliki antigen tersebut. Dianggarkan 85% penduduk mempunyai darah dengan Rh-positif, dengan kata lain, mereka memiliki antigen Rh atau diaktakan mereka itu Rh-positif. *Rh positif adalah sifat dominan.


Bahaya dari antibodi anti-Rh
Secara normal, darah tidak memiliki antibodi anti-Rh. Antibodi anti-Rh akan terbentuk di dalam darah seseorang yang mempunyai darah Rh-negatif, jika darah Rh-positif masuk ke aliran darahnya. Hal ini akan terjadi dalam 2 cara:

1-Jika seorang dengan darah Rh-negatif menerima transfusi darah Rh-positif.(kebiasaannya, pakar perubatan tidak akan melakukan transfusi darah sebegini)
2-Jika seorang wanita hamil yang mempunyai darah Rh-negatif mengandungkan anak yang mempunyai darah Rh-positif (yang diwarisi dari si ayah).

Walaupun eritrosit fetus terpisah dari sistem peredaran darah ibu, tetapi semasa trimester akhir mengandung dan terutamanya semasa kelahiran, eritrosit fetus akan memasuki peredaran darah ibu. Antigen Rh pada eritrosit fetus akan dicam sebagai bendasing dan antibodi akan dihasilkan terhadapnya.

Dalam hal ini, sel darah merah Rh-positif(dari fetus) akan merangsang darah si ibu untuk membina antibodi anti-Rh dan antibodi ini kekal di dalam badannya. Jika hal ini terjadi, darah akan membentuk penggumpalan dan berupaya menyebabkan kematian kerana penggumpalan darah tersebut akan menyekat pengaliran darah dalam salur darah fetus. (istilah keadaan ini = erithroblastosis fetalis)


Harus diingat, masalah tidak menimpa pada ketika pembentukan antibodi tersebut semasa proses transfusi atau kehamilan yang pertama, namun bahaya tersebut akan mendatangkan masalah jika darah Rh-positif masuk lagi ke aliran darah seseorang; contohnya pada kehamilan kedua seseorang wanita yng mempunyai darah Rh-negatif. Antibodi yang telah sedia ada di dalam badannya, akan bertindakbalas dengan darah Rh-positif dari fetus pada kehamilan keduanya dan akan memberi kesan negatif. Sekiranya terjadi penggumpalan darah, masalah lain mungkin juga akan muncul. Misalnya, hemolisis (pecahnya sel darah merah dan keluarnya hemoglobin) yang akan juga boleh menyebabkan anemia.

Perlu diingatkan bahawa jika fetus kedua ini juga memiliki jenis sel darah Rh-positif, maka antibodi anti-Rh akan masuk melalui plasenta dari aliran darah sang ibu dan menyebabkan hemolisis pada sel darah fetus.

Oleh yang demikian, ketika proses lahir, bayi perlu mendapatkan transfusi darah Rh-negatif untuk mencegah terjadinya penggumpalan sel darah merah dan mencegah anemia hemolisis menimpa. Namun, prosedur seperti ini jarang terjadi kerana penyuntikan antibodi globulin-Rh secara rutin diberikan kepada si ibu yang memiliki darah Rh-negatif pada setiap kali kehamilannya. Suntikan tersebut akan menghalang pembentukan antibodi oleh badan ibu yang berpotensi mengundang masalah dan bahaya tersebut.


Sumber:
howstuffworks.com dan http://pkukmweb.ukm.my/~danial/Imunologi%20transfusi.html
diedit oleh : Ketua Panitia Biologi SMKASR

Saturday, August 21, 2010

Kelas Latih Tubi Biologi


Tarikh :
21 Ogos 2010

Tempat :
Makmal Biologi

Kelas :
5AK(8.30 - 10.00) 5IS(10.30 - 12.00)

Sunday, August 15, 2010

Biston betularia menjelaskan tujuan Variasi...

Spesies Biston betularia, sejenis kupu-kupu yang hidup di negara Inggeris, dapat membantu kita untuk memahami konsep variasi yang berlaku demi tujuan kemandirian hidup. Proses evolusi dipengaruhi oleh persekitaran sesuatu organisma. Bukti evolusi tersebut dapat dilihat pada kupu-kupu Biston betularia ini.

Spesies kupu-kupu yang hidup pada waktu sebelum revolusi sektor perindustrian di Inggeris ini merupakan haiwan yang pada ketika itu, kebanyakan berwarna putih atau cerah. Sedangkan spesies Biston betularia hitam(lebih gelap) juga wujud.


Spesies Biston betularia yang agak cerah.


Spesies Biston betularia cerah beradaptasi dengan persekitaran cerah


Sebelum revolusi perindustrian di Inggeris berkembang maju, Biston betularia cerah lebih berjaya untuk mandiri. Apa yang berlaku ialah setelah terjadi revolusi sektor perindustrian di Inggeris, kupu-kupu yang lebih banyak ditemukan adalah spesies berwarna hitam atau gelap, berbanding yang cerah sebelum ini.


Spesies yang gelap lebih berjaya untuk mandiri

Ini jelas membuktikan bahawa persekitaran habitat spesies akan mempengaruhi survival sesuatu spesies tersebut. Mengapa begitu?

Umum mengetahui bahawa setiap organisma ada pemangsanya. Oleh itu, pada ketika sebelum Inggeris mengalami perberkembangan sektor perindustrian, habitat Biston betularia seperti batang pokok dan permukaan bangunan adalah sangat sesuai untuk spesies yang cerah. Ini adalah kerana pada ketika itu, pencemaran akibat kemajuan sektor perindustrian belum terjadi. Oleh yang demikian, spesies gelap akan lebih terdedah kepada pemangsa berbanding yang cerah.

Namun, perkara yang sebaliknya berlaku selepas sektor perindustrian semakin maju. Apa hubungkaitnya? Sudah pasti, akibat perkembangan sektor perindustrian, kawasan persekitaran akan lebih tercemar. Maka, pada ketika inilah, spesies yang gelap pula akan lebih berjaya mandiri berbanding spesies yang cerah.

Setelah terjadi revolusi industri, maka tembok dan tempat-tempat lain sebagai habitat kupu-kupu berubah menjadi gelap akibat banyaknya asap dari pabrik industri sehingga kupu-kupu yang putih dan cerah akan mudah dimangsa oleh predatornya daripada kupu-kupu yang hitam dan gelap. Akibatnya kupu-kupu hitam dan gelaplah yang mampu bertahan hidup, sedangkan kupu-kupu putih dan cerah akhirnya punah

Thursday, August 12, 2010

Tamat Sukatan untuk Calon-calon SPM 2010

Hari ini(2 Ramadhan 1431H), Panitia Biologi sekali lagi melakar peristiwa, bilamana menamatkan sukatan pelajaran Biologi untuk tingkatan 5 Ibn Sina, yang mana sebelum ini tingkatan 5 Al Khawarizmi(tamat pada 9 Ogos 2010) dan 5 Ibn Khaldun / 5 Ibn Rusyd(tamat pada 7 Ogos 2010).

Dengan ini, para pelajar yang juga merupakan calon-calon SPM 2010 akan memulakan sesi latih tubi intensif mulai minggu depan, demi merealisasikan cita-cita dan impian Panitia mahupun pihak sekolah untuk meningkatkan kualiti pencapaian serta peratus kelulusan yang dikekalkan...

Apa yang diharapkan kepada semua pelajar adalah :
-> jaga kesihatan sebaiknya(take your 'sahur', or take usefull meal so that all of you become energetic during the 'latih tubi' session)
-> prepare yourselves before the subject held, so that apa yang dibincangkan akan lebih terkesan di minda masing-masing
-> perbanyakkan doa, solat hajat dan munajat(apatah lagi sekarang Ramadhan), agar dipermudahkan segala urusan kita.

Ya Allah, semoga Kau perkenankanlah hajat kami semua....


Sunday, August 8, 2010

Hayati Puasa Anda.....



Bermula dengan penciptaan alam, manusia telah diamanahkan oleh Allah untuk memakmurkan bumi ini dengan perlaksanan syariatNya. Bahawasanya telah diwajibkan ke atas kita semua khususnya para umat Islam agar mengimani kesemua rukun Iman dan melaksanakan rukun
Islam. Di samping itu kita juga dituntut untuk mengkaji setiap hikmah di sebalik kejadian dan suruhan Allah. Sesungguhnya ilmu sains itu dapat memberikan pengetahuan yang mendalam dan seterusnya memantapkan lagi keimanan terhadap Allah bagi mereka yang mengetahui
dan mempelajarinya.



Salah satu contoh yang dapat kita kemukakan bersama bagi menjelaskan lagi hikmah setiap suruhan Allah itu ialah berpuasa.

Hadith tersebut telah memberikan satu gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat berpuasa. Seluruh pakar perubatan telah bersetuju menyatakan bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam
penyakit terutamanya kegendutan yang menyebabkan timbulnya sub penyakit lain. Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Sesungguhnya kesan lapar di dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan.

Seorang pakar Barat (Dr. Mc Padun) telah menyatakan setiap orang perlu menjalani tempoh berpuasa walaupun tidak dikesan menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya. Kekurangan berat pada badan juga dapat dipulihkan segera dalam tempoh tidak lebih daripada 20 hari.

Dr. Hisyam Ibrahim AI-Khatib, AL-Wafiz Fi al-Tib, Umman menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengkajian ini diteruskan lagi apabila didapati punca berlakunya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau
lebih daripada kadar keperluan badan. Ini menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi keseluruhan pergerakan badan. Seterusnya penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan individu tersebut. Sesungguhnya tiada ubat yang khusus bagi memulihkannya melainkan dengan berpuasa kerana dengannya wujudlah satu sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik
dan bertenaga.

Amalan puasa yang disyariatkan oleh Allah terutamanya puasa Ramadhan dapat menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu paras yang dikehendaki. Jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Sya'ban seterusnya Isnin dan
Khamis nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang bagi tempoh setahun. Pakar perubatan Islam iaitu Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Eksperimennya
ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sepertimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang.

Daripada sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan. Kesimpulannya puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kegendutan. Selain itu dari sudut fizikalnya, puasa juga dapat merehatkan tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan buruk juga dapat dihakis sedikit demi sedikit contohnya membantu membasmi ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan organ di dalam badan.

Menurut dua pengkaji Islam dari Syiria dalam kitabnya yang berjudul At Tib Fil Quranil Karim menerangkan kepada kita akan faedah berpuasa :

-Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan.

-Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.

Maka secara keseluruhannya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.

Photosynthesis Melody....(klik here)

Photosynthesis...(klik here)

Gerak Minda 2

On last Saturday Night, dated 7th August, both Pn Norhaslina bt Hassan and Pn Romini Yakop having their own classes to finish the sylabbus. For class 5IK and 5IR; their class was held at Science Lab Form 1, while for my class 5AK and 5IS, it was held at Bio Lab itself...

That night, the first organism welcome us at Bio Lab was the little dark Mr Froggie...
Rana temporaria
just waiting calmly at the door. Luckily I didn't step on it... Fuuiihhh....



Class ended at about 10.20p.m...just after some of the eyes of the students started to close...

See you then, in Variation, the last topic...insya Allah.
Related Posts with Thumbnails