Sunday, August 15, 2010

Biston betularia menjelaskan tujuan Variasi...

Spesies Biston betularia, sejenis kupu-kupu yang hidup di negara Inggeris, dapat membantu kita untuk memahami konsep variasi yang berlaku demi tujuan kemandirian hidup. Proses evolusi dipengaruhi oleh persekitaran sesuatu organisma. Bukti evolusi tersebut dapat dilihat pada kupu-kupu Biston betularia ini.

Spesies kupu-kupu yang hidup pada waktu sebelum revolusi sektor perindustrian di Inggeris ini merupakan haiwan yang pada ketika itu, kebanyakan berwarna putih atau cerah. Sedangkan spesies Biston betularia hitam(lebih gelap) juga wujud.


Spesies Biston betularia yang agak cerah.


Spesies Biston betularia cerah beradaptasi dengan persekitaran cerah


Sebelum revolusi perindustrian di Inggeris berkembang maju, Biston betularia cerah lebih berjaya untuk mandiri. Apa yang berlaku ialah setelah terjadi revolusi sektor perindustrian di Inggeris, kupu-kupu yang lebih banyak ditemukan adalah spesies berwarna hitam atau gelap, berbanding yang cerah sebelum ini.


Spesies yang gelap lebih berjaya untuk mandiri

Ini jelas membuktikan bahawa persekitaran habitat spesies akan mempengaruhi survival sesuatu spesies tersebut. Mengapa begitu?

Umum mengetahui bahawa setiap organisma ada pemangsanya. Oleh itu, pada ketika sebelum Inggeris mengalami perberkembangan sektor perindustrian, habitat Biston betularia seperti batang pokok dan permukaan bangunan adalah sangat sesuai untuk spesies yang cerah. Ini adalah kerana pada ketika itu, pencemaran akibat kemajuan sektor perindustrian belum terjadi. Oleh yang demikian, spesies gelap akan lebih terdedah kepada pemangsa berbanding yang cerah.

Namun, perkara yang sebaliknya berlaku selepas sektor perindustrian semakin maju. Apa hubungkaitnya? Sudah pasti, akibat perkembangan sektor perindustrian, kawasan persekitaran akan lebih tercemar. Maka, pada ketika inilah, spesies yang gelap pula akan lebih berjaya mandiri berbanding spesies yang cerah.

Setelah terjadi revolusi industri, maka tembok dan tempat-tempat lain sebagai habitat kupu-kupu berubah menjadi gelap akibat banyaknya asap dari pabrik industri sehingga kupu-kupu yang putih dan cerah akan mudah dimangsa oleh predatornya daripada kupu-kupu yang hitam dan gelap. Akibatnya kupu-kupu hitam dan gelaplah yang mampu bertahan hidup, sedangkan kupu-kupu putih dan cerah akhirnya punah

3 comments:

  1. thanx for this article...it's help me alot cikgu...hehe...

    ReplyDelete
  2. if possible kalo rujukan ditulis lg bagus...hehe..just my suggestion..

    ReplyDelete
  3. Insya Allah Khairiah, akan dijadikan peribgatan untuk pos-pos yang akan datang...
    =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails