Antara kesan bertumit tinggi kepada sistem rangka manusia adalah
Adakah anda suka bertumit tinggi?
tapi ramai yang tak tahu.terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini
kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang
sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan
masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.
jika memakai kasut tumit tinggi terlalu lama sangat akan menyebabkan kencing tidak lawas .masalah belakang dan tulang pinggul, selain itu jugak.boleh menyebabkan kesakitan pada rahang ,leher dan kepala.
Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."
Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.
"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.
"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," kata salah seorang model Agensi Miu Miu dan Mourets di Kota London, Moy.
Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.
Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.
Info dari : http://warkahilmu.blogspot.com/2011/03/kesan-berkasut-tinggi.html
Info tambahan tentang tajuk ini boleh didapati dari klik sini atau sini. Bual bicara Islamik tentang tajuk ini : ikuti
No comments:
Post a Comment