Pesakit Alzheimer juga mengalami kekurangan bilangan sel saraf (neuron); maka kuranglah sinaps yang dipunyai oleh mereka berbanding dengan otak mereka yang normal.
Dari pembacaan, di peringkat permulaan, seseorang yang mula mengidap Alzheimer, bahagian serebrum yang melibatkan bahagian pembelajaran dan kebolehan mengingat yang akan mula-mula mengalami kemerosotan jisimnya. Dan ini diikuti pula oleh bahagian pemikiran dan kebolehan merancang. Rujukan : sini
Dari Wikipedia, penyakit Alzheimer ini dimaksudkan dengan :
Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak
yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis
penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya
ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak
mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang
sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah
kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk
(dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan,
ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak
terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si
penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang
menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan
sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa
pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala
pesakit.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia
bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia
dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang
normal menjadi serat.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga
tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia
65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini
dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua,
namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti
menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.
Dalam kelas P&P terdahulu, ada murid yang bertanya tentang kemungkinan mendapat Alzheimer ini di usia muda... Mungkin artikel ini boleh membantu....klik sini.
Amat malanglah jika di usia muda sudah mula ada tanda-tanda menjadi seorang pelupa. Di dalam Islam, banyak doa yang boleh diamalkan untuk memanjangkan ingatan.
Mungkin juga faktor-faktor berikut, menjadi penyebab kita mudah menjadi seorang yang pelupa :
23 Faktor-faktor yang menyebabkan kita menjadi pelupaSumber : sini
1. Melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa
2. Selalu bersedih dan rungsing
3. Makan daun ketumbar
4. Makan buah dan makanan yang masam
5. Melihat kepada yang kena sula @ lambang salib
6. Membaca tulisan yang terdapat di kepok atau batu nisan kubur (Kecuali untuk mencari kubur orang tertentu)
7. Berjalan diantara unta-unta yang dirantai
8. Membuang serangga “Tuma” yang masih hidup ke tanah
9. Berbekam di lubang tengkok
10. Melihat kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain (tanpa sebab)
11. Makan makanan dari sisa semut dan tikus
12. Makan kepala ikan
13. makan makanan yang sudah basi
14. Onani (Melancap)
15. Makan organ dalaman binatang seperti hati,limpa,hati,jantung,paru,perut dan sebagainya
16. Membiasakan diri makan berlebihan
17. Meminum air antara suapan makanan
18. Melihat najis ketika membuang air besar
19. Suka memakan makanan ringan
20. menghisap rokok,mengambil dadah dan meminum arak
21. banyak ketawa
22. banyak makan bawang merah
23. Makan makanan yang haram
No comments:
Post a Comment