Tuesday, June 2, 2015

Uniqness of Biology Life - SYUKURI NIKMAT TUHAN


 Di kala menatap entri ini, ucaplah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, tanda syukur akan segala nikmat Nya yang masih mampu kita garap walaupun dalam payah.

Ingat selalu pesanan ini ; nikmat yang sedia ada...jika tidak dipelihara, akan ditarik sedikit demi sedikit.... Maka sebelum segala nikmat itu hilang semuanya, sempat-sempatkanlah bibir kita menitipkan bait-bait kata syukur padaNya, insya Allah...

Peringkat 4 sel - Kejadian manusia
Dari sekecil ini jemarimu membesar
Subhanallah - moga terus sihat tumbesarannya
Sel Pengawal & Stomata
Tisu Kultur - aplikasi teknik
Lumrah percambahan sebiji benih 
Katak lutsinar ?

Perhatikan gelembung-gelembung udara (gas oksigen) pada saat ke 40....

Thursday, May 7, 2015

Aplikasi Osmosis 2015

Antara aplikasi konsep osmosis yang boleh diperhatikan di kalangan masyarakat sejak dahulu lagi adalah apabila berlangsungnya sesuatu majlis perkahwinan.

Berasaskan pengetahuan ini, kelas 4 Al Khawarizmi 2015 diberi satu kejutan apabila dikehendaki menyediakan satu set lauk pengantin dengan menggunakan bahan mentah yang tersedia.

Inilah hasil kreativiti dan fokus kumpulan yang terlibat :














Monday, March 30, 2015

Sekitar Pencapaian Biologi SPM 2014

Pada 3 Mac yang lalu, keputusan SPM 2014 telah diumumkan dan sekali lagi para pelajar batch tahun 2014 telah melakar satu lagi sejarah baru bagi Panitia Biologi.

Dalam keputusan yang diumumkan pada 3 Mac yang lalu, seramai 12 orang telah memperolehi keputusan straight A. Walaupun sedikit penurunan berlaku berbanding dengan tahun SPM 2013 (sekitar keputusan SPM 2013)namun salah seorang daripada mereka telah dijemput untuk mengambil keputusan SPM dari Tuan Pengarah Pendidikan Melaka di Bangunan Rumah Media MITC, Melaka. Tahniah kepada Nurul Aqilah bt Hamzah yang memperolehi 10A+ 1A-.

Nurul Aqilah Hamzah (kanan)

Untuk Biologi, PNGS (Purata Nilai Gred Subjek) bagi tahun ini merosot lagi kepada 2.84(tahun lalu : 2.75). Namun dari segi pencapaian peratus kecemerlangan yang diperolehi bagi tahun ini, ianya merupakan suatu rekod baru yang diperolehi dan merupakan pencapaian terbaik yang ditunjukkan, iaitu 45.9% berbanding dengan pencapaian pada tahun 2012(45.7%).(SPM 2012)

Berikut adalah senarai pelajar-pelajar yang telah memperolehi kejayaan dengan cemerlang bagi subjek Biologi dalam SPM 2014 yang lalu :


SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG TERTINGGI (A+) :

1) Nurul Aqilah bt Hamzah (5 Al Khawarizmi)
2) Hani Nadirah bt Muner (5 Al Khawarizmi)

Peratus A+ = 2.4 %


SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG TINGGI (A) :

1) Ainul Farisyah bt Md Rashid (5 Al Khawarizmi)
2) Ayu Aliana bt Ismail (5 Al Khawarizmi)
3) Ayu Raihanah bt Hamzah (5 Al Khawarizmi)
4) Haidah Waznah bt Abdul Gafar (5 Al Khawarizmi)
5) Hannan bt Ab Rahman (5 Al Khawarizmi)
6) Nabilah bt Mohd Yusof (5 Al Khawarizmi)
7) Nafisah bt Johari (5 Al Khawarizmi)
8) Noor Syazanani bt Amran (5 Al Khawarizmi)
9) Nora bt Salim (5 Al Khawarizmi)
10) Adlina Syafiqah bt Adhha (5 Ibn Khaldun)
11) Fatin Nadhirah bt Zulkifli (5 Ibn Khaldun)
12) Nur Raudha bt Zulkifly (5 Ibn Khaldun)
13) Nurqamarina bt Hasri (5 Ibn Khaldun)
14) Siti Khadijah bt Othman (5 Ibn Khaldun)
15) Nur 'Iffa Nazirah bt Taini Achim (5 Ibn Rusyd)
16) Nur Farahin bt Norhisham (5 Ibn Rusyd)

Peratus A = 18.8 %

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG (A-) :

1)  Nur Amirah bt Zaini (5 Al Khawarizmi)
2) Hani Nadiah bt Muner (5 Al Khawarizmi)
3) Nur Hamizah bt Osman (5 Al Khawarizmi)
4) Amanina bt Anuar (5 Al Khawarizmi)
5) Nur Fateha bt Roslan (5 Al Khawarizmi)
6) Nurnatasah bt Roslan (5 Al Khawarizmi)
7) Nurul Shafika bt Rahmat (5 Al Khawarizmi)
8) Fateen Nur Nadjwa bt A.Rahman (5 Ibn Khaldun)
9) Intan Nursheela bt Mat Sah (5 Ibn Khaldun)
10) Nur Amalyna bt Azman (5 Ibn Khaldun)
11) Nur Atikah bt Din (5 Ibn Khaldun)
12) Nur Liyana bt Hasimuddin (5 Ibn Khaldun)
13) Nur Musfirah bt Bunyamin (5 Ibn Khaldun)
14) Nur Zulaikha bt Shahiran (5 Ibn Khaldun)
15) Nurul Hamizah bt Mohd Rozhi (5 Ibn Khaldun)
16) Nurul Najihah bt Haridan (5 Ibn Khaldun)
17) Zakiah bt Abd Wahab (5 Ibn Khaldun)
18) Najihah bt Abdul Shakir (5 Ibn Rusyd)
19) Nur Zawani Fatihah bt Zakaria (5 Ibn Ruysd)
20) Norfazlina bt Jamel (5 Ibn Sina)
21) Nur Aqilah Diyana bt Mokery (5 Ibn Sina)
 
Peratus A- = 24.7 %

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA YANG TELAH MELAKAR SEJARAH BARU
dan semoga perjalanan hidup anda di masa akan datang lebih baik dari apa yang telah diperolehi kini, insya Allah.

Pelajar straight A SPM 2014

Saturday, March 28, 2015

Salam Perjuangan Bertaut Kembali.

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...


Ada dua jenis potometer yang biasa digunakan dalam makmal Biologi untuk menganggarkan kadar transpirasi tumbuhan, iaitu :

Potometer Berat
Potometer Gelembung Udara

Tuesday, March 25, 2014

Sekitar Keputusan SPM 2013.....Antara pencapaian subjek BIOLOGI dan kelas 5AK...

Alhamdulillah, diberi juga kesempatan ini untuk melakar sebaris dua kata-kata penghargaan dan rasa syukur atas kejayaan anakanda calon SPM 2013 yang lalu. 

Tanggal Subuh 20 Mac 2014 (Khamis), diri ini disentakkan dari lena, dek berita tentang keputusan SPM 2013.... Masya Allah, dalam mimpi itu, sekadar kedengaran nama SMKA Sharifah Rodziah disebut...dan kemudian, diikuti dengan angka "15". Sejurus terjaga dari lena itu, jari jemari ini, terus menghantar pesanan ringkas kepada Ketua Tingkatan 5AK 2013, dengan perasaan penuh tanda tanya, apakah maksud semua mimpi itu.....

Dengan kuasa Allah, segala rasa gundah gelana tadi disusuli pula dengan musibah tayar kereta yang pecah, semasa dalam perjalanan ke sekolah selepas menghantar anakanda ke STP. Alhamdulillah, segalanya selepas itu, dapat ditangani, dan dipendekkan cerita, apabila pejabat sekolah dihubungi, memberitahu Bonda Pengetua telah pun sampai, kembali dari Jabatan bersama keputusan....

Seramai 16 orang pelajar telah memperolehi straight A untuk SPM 2013 yang lalu. Bagi subjek Biologi, PNGS(Purata Nilai Gred Subjek) untuk tahun ini ialah 2.75, iaitu sedikit penurunan (-0.1) dari pencapaian tahun lalu (SPM 2012 - klik sini). Dari segi peratus cemerlang yang diperolehi adalah 38.27%; iaitu yang keempat terbaik selepas batch SPM 2012, batch SPM 2007 dan batch SPM 2010. 

Berikut adalah senarai nama all the Biology Achievers for 2013 :

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG TERTINGGI (A+) :

Nur Haziqah Suraya bt Abdul Haris - 5AK

( antara peserta Bio-Race 2012 : klik sini ) :

Inilah dia calon SPM 2013 yang mendapat A+

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG TINGGI (A) :

1) Diyana bt Azmi - 5AK
2) Fatin Nadia bt Mohd Zaidi - 5AK
3) Mirza Faqihah bt Izahudin - 5AK
4) Najihah bt Mohd Fauzi - 5AK
5) Nor Azurin bt Abu - 5AK
6) Nor Khaleda bt Khalid - 5AK
7) Norafifah bt bt Mohd Khalis - 5AK
8) Nur A'ida Najihah bt Ismail Najib - 5AK
9) Nur Hazirah bt Hasan - 5AK
10) Nur Izzah bt Bahrudin - 5AK
11) Nur Lydia Natasya bt Hasanal Ali - 5AK
12) Nur Umisha bt Zainudin - 5AK
13) Nur'afifah bt Sulaiman - 5AK
14) Nuraina Farahani bt Hosnaini - 5AK
15) Nurfatehah Nailah bt Mohd Nizam - 5AK
16) Nurin Asfa Aqilah bt Abd Aziz - 5AK
17) Siti Nur Nabilah bt Saiful Rahimi Chua - 5AK
18) Ummi Kalsum bt Hashim - 5AK
19) Nadhirah bt Abu Bakar - 5IK
20) Suhailah bt Rahmam - 5IR
21) Nur Niegynna bt Sabar - 5IS





SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG (A-) :

1) Aimi Najla bt Ahmad Indra - 5AK
2) Fatimatuz Zahra bt Johari - 5AK
3) Nazirah bt Mahmud - 5AK
4) Shamimi Iman bt Abdul Razak -5IK
5) Sharina Aqilah bt Hashim - 5IK
6) Thariyyah bt Azman - 5IK
7) Khairina bt Mohd Taufek Al-Khakim - 5IR
8) Aliah Nursyahirah bt Kamarudin - 5IS
9) Nurhafizah bt Mohd Zakir - 5IS

Penuh debaran mendengar amanat terakhir dari Bonda.



Di kesempatan ini juga, sekalung Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah mencapai keputusan terbaik, straight A, yang mana 15 orang  daripada 16 orang (kesemuanya dari pelajar Jauhar : Jauhar 2013) adalah dari kelas 5 Al-Khawarizmi.....rupa-rupanya, inilah dia rahsia mimpi di awal Subuh 20 Mac 2014.....

Proud of all of you, 5 Al Khawarizmi!
TAHNIAH!
Moga dengan kejayaan cemerlang yang kalian semua perolehi ini akan semakin menjadikan kita masing-masing lebih dekat padaNya, menjadi insan yang bersyukur dan memberi sumbangan kepada yang lain, insya Allah.

Secara keseluruhannya, TAHNIAH dan syukur untuk kesemua calon SPM 2013 yang telah menghasilkan keputusan yang sangat membanggakan di era sekolah dengan gelaran Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) ini. Semoga tiada kekecewaan atau kesedihan di sebalik kenyataan ini, kerana DIA lebih mengetahui atas segalanya, mengapa dan bagaimana apa yang menjadi genggaman kita masing-masing. Semoga langkah seterusnya selepas ini akan lebih memberi makna dalam kehidupan kalian semua, sebagai Pencinta Ilmu sehingga ke akhir hayat kita, selagi nyawa dikandung badan.

Alhamdulillah......

Kenangan sebelum Hari SPM sebenar 2013


Short Note for : Form 5 2014 :



***this album entitled "HEART", contain English Nasyeed songs, entitled "Heart of A Muslim". Find it out!

Sunday, February 16, 2014

Good Bye....

Biology Department of SMKA Sharifah Rodziah wish Pn Yee Gim Ping All The Best for her next carrier destination, SMK Seri Bintang, Kuala Lumpur.....

In memory...



Frog Disection Day

Three classes had their "hands-on" operation day with their own sample Mr Froggie...on the last 6 February 2014; class 5 Ibn Khaldun, 5 Ibn Rusyd and 5 Al Khawarizmi.

Three systems were observed and studied together in groups of about 2-5 students.; Respiratory System, Digestive System and the most popular system in January / February / Test 1 2014, Blood Circulatory System.

A great shocked happened when more than one of the frogs in class 5 Al Khawarizmi "woke up" during the disection is on. Most probably the cloroform used is not in high concentration or less time in cloroform.

Hope, all of you students enjoy yourselves and this can increase the interest and achievement in Biology for SPM 2014, insya Allah...

Good insicion
Demo - 5IK
Demo - 5IR
Demo with the KKU(Katak Kurang Upaya).

Observing











Related Posts with Thumbnails