Showing posts with label Berita Info lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Berita Info lain-lain. Show all posts

Monday, March 30, 2015

Sekitar Pencapaian Biologi SPM 2014

Pada 3 Mac yang lalu, keputusan SPM 2014 telah diumumkan dan sekali lagi para pelajar batch tahun 2014 telah melakar satu lagi sejarah baru bagi Panitia Biologi.

Dalam keputusan yang diumumkan pada 3 Mac yang lalu, seramai 12 orang telah memperolehi keputusan straight A. Walaupun sedikit penurunan berlaku berbanding dengan tahun SPM 2013 (sekitar keputusan SPM 2013)namun salah seorang daripada mereka telah dijemput untuk mengambil keputusan SPM dari Tuan Pengarah Pendidikan Melaka di Bangunan Rumah Media MITC, Melaka. Tahniah kepada Nurul Aqilah bt Hamzah yang memperolehi 10A+ 1A-.

Nurul Aqilah Hamzah (kanan)

Untuk Biologi, PNGS (Purata Nilai Gred Subjek) bagi tahun ini merosot lagi kepada 2.84(tahun lalu : 2.75). Namun dari segi pencapaian peratus kecemerlangan yang diperolehi bagi tahun ini, ianya merupakan suatu rekod baru yang diperolehi dan merupakan pencapaian terbaik yang ditunjukkan, iaitu 45.9% berbanding dengan pencapaian pada tahun 2012(45.7%).(SPM 2012)

Berikut adalah senarai pelajar-pelajar yang telah memperolehi kejayaan dengan cemerlang bagi subjek Biologi dalam SPM 2014 yang lalu :


SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG TERTINGGI (A+) :

1) Nurul Aqilah bt Hamzah (5 Al Khawarizmi)
2) Hani Nadirah bt Muner (5 Al Khawarizmi)

Peratus A+ = 2.4 %


SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG TINGGI (A) :

1) Ainul Farisyah bt Md Rashid (5 Al Khawarizmi)
2) Ayu Aliana bt Ismail (5 Al Khawarizmi)
3) Ayu Raihanah bt Hamzah (5 Al Khawarizmi)
4) Haidah Waznah bt Abdul Gafar (5 Al Khawarizmi)
5) Hannan bt Ab Rahman (5 Al Khawarizmi)
6) Nabilah bt Mohd Yusof (5 Al Khawarizmi)
7) Nafisah bt Johari (5 Al Khawarizmi)
8) Noor Syazanani bt Amran (5 Al Khawarizmi)
9) Nora bt Salim (5 Al Khawarizmi)
10) Adlina Syafiqah bt Adhha (5 Ibn Khaldun)
11) Fatin Nadhirah bt Zulkifli (5 Ibn Khaldun)
12) Nur Raudha bt Zulkifly (5 Ibn Khaldun)
13) Nurqamarina bt Hasri (5 Ibn Khaldun)
14) Siti Khadijah bt Othman (5 Ibn Khaldun)
15) Nur 'Iffa Nazirah bt Taini Achim (5 Ibn Rusyd)
16) Nur Farahin bt Norhisham (5 Ibn Rusyd)

Peratus A = 18.8 %

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG (A-) :

1)  Nur Amirah bt Zaini (5 Al Khawarizmi)
2) Hani Nadiah bt Muner (5 Al Khawarizmi)
3) Nur Hamizah bt Osman (5 Al Khawarizmi)
4) Amanina bt Anuar (5 Al Khawarizmi)
5) Nur Fateha bt Roslan (5 Al Khawarizmi)
6) Nurnatasah bt Roslan (5 Al Khawarizmi)
7) Nurul Shafika bt Rahmat (5 Al Khawarizmi)
8) Fateen Nur Nadjwa bt A.Rahman (5 Ibn Khaldun)
9) Intan Nursheela bt Mat Sah (5 Ibn Khaldun)
10) Nur Amalyna bt Azman (5 Ibn Khaldun)
11) Nur Atikah bt Din (5 Ibn Khaldun)
12) Nur Liyana bt Hasimuddin (5 Ibn Khaldun)
13) Nur Musfirah bt Bunyamin (5 Ibn Khaldun)
14) Nur Zulaikha bt Shahiran (5 Ibn Khaldun)
15) Nurul Hamizah bt Mohd Rozhi (5 Ibn Khaldun)
16) Nurul Najihah bt Haridan (5 Ibn Khaldun)
17) Zakiah bt Abd Wahab (5 Ibn Khaldun)
18) Najihah bt Abdul Shakir (5 Ibn Rusyd)
19) Nur Zawani Fatihah bt Zakaria (5 Ibn Ruysd)
20) Norfazlina bt Jamel (5 Ibn Sina)
21) Nur Aqilah Diyana bt Mokery (5 Ibn Sina)
 
Peratus A- = 24.7 %

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA YANG TELAH MELAKAR SEJARAH BARU
dan semoga perjalanan hidup anda di masa akan datang lebih baik dari apa yang telah diperolehi kini, insya Allah.

Pelajar straight A SPM 2014

Friday, November 29, 2013

KERJA RUMAH CUTI SEKOLAH (untuk pelajar tingkatan 4 / 2013)


Hampir 2 minggu telah berlalu cuti persekolahan akhir tahun 2013 ini. Pihak Panitia memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan entri ini dimasukkan. Apa yang diharapkan agar anak-anak didik semuanya tetap telah dapat mengkualitikan waktu cuti ini sebaik-baiknya.

Berikut dibekalkan 2 soalan esei tambahan terkini sebagai kerja rumah untuk kesemua 85 orang calon Biologi SPM 2014. Jawapan perlu dihantar pada minggu pertama persekolahan, iaitu selewat-lewatnya 3 Januari 2014(Jumaat).

Soalan 1 :






Soalan 2 :



Saturday, October 1, 2011

.......setelah sekian lama menyepi....

SURATAN TAKDIR.."BAYI KEMBAR SIAM LAHIR DI TERENGGANU'


KUALA TERENGGANU: “Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada,” kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu.
Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.

Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.

“Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka,” katanya.

Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.

“Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

“Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah,” katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.

sumber : Metro

''Sumbangan dan bantuan orang ramai amat diperlukan,..
kos membiayai pembedahan dan kos rawatan amat tinggi,..
sila hubungi 012-9551435.
Zulkifli Ngah ''

Sila share artikel ini , tak dapat banyak bantu sikit pun jadi lah, asalkan seikhlas hati.
''tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima''.
Related Posts with Thumbnails