Showing posts with label Perkongsian BLOG. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian BLOG. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

KHASIAT HERBA DAN REMPAH RATUS


Herba dan rempah ratus adalah antara bahan masakan penting yang sudah menjadi sebahagian daripada sajian masyarakat di seluruh dunia sejak beribu tahun lamanya.

Tumbuhan itu adalah warisan yang tidak ternilai kepada manusia kerana selain menyedapkan lagi hidangan, herba juga mempunyai banyak khasiat berguna untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.

Untuk masyarakat tempatan, kita memang tidak dapat lari daripada beberapa bahan seperti lengkuas, halia, kunyit, bawang serta serai yang sememangnya sentiasa ada di dapur.

- Halia -

Dulu kala, halia atau nama botaninya, Zingiber officinale, digunakan sebagai bahan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan parasit, tetapi kerana kurang pendedahan mengenai khasiatnya, sebahagian besar generasi masa kini mengenali halia hanya sebagai satu rempah ratus masakan.

Tumbuhan ini dikatakan berkesan untuk merawat loya dan mual, namun untuk ibu yang hamil, pengambilannya tidak digalakkan. Ia juga membantu untuk melegakan kesakitan perut selain mengelakkan kekejangan akibat cuaca panas.

Di Asia Tenggara, halia sebenarnya banyak digunakan untuk membantu menangani beberapa jenis penyakit seperti berkaitan penghadaman, angin serta memanaskan badan kerana ia kaya dengan pati minyak, oleoresin, protein, lemak, asid organik serta vitamin A, B, dan C.

- Pokok Kunyit -

Pokok kunyit pula sememangnya unik kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan. Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma serta warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai selain dijadikan sebagai pembalut ikan atau daging yang dibakar. Dalam perubatan, kunyit atau nama botaninya, Curcuma domestica digunakan sebagai antioksidan, antibakteria dan antiradang. Ia dikatakan membantu menyembuhkan luka di dalam badan, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Kajian menunjukkan peranan kunyit dalam perubatan sudah dikenal pasti sejak 3,000 tahun lalu. Bagi masyarakat Melayu, kunyit sering digunakan sebagai jamu untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim serta mencuci darah. Masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh membantu melancarkan darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.

Masyarakat India menggunakan kunyit sebagai bahan utama dalam masakan rempah kari serta acar pedas dan ilmu perubatan India mengesyorkan kunyit sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Lebih menarik, masyarakat di negara jiran, Thailand, mempercayai kunyit dapat merawat bisa patukan ular tedung dan dikatakan ada penyelidikan yang membuktikan herba itu membantu untuk menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah serta mengurangkan toksin pada hati.

- Lengkuas -

Tanaman herba yang biasa ditanam di sekitar rumah, lengkuas atau nama saintifiknya, Alpinia galanga, pula tidak kurang hebatnya daripada segi khasiat.

Tergolong dalam keluarga Zingiberaceae, lengkuas dipercayai mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan serta membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, merawat penyakit limpa bengkak dan mempunyai ciri afrodisiak, penyebab utama ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam menguatkan tenaga.

- Asam Gelugor -

Herba lain seperti asam gelugur juga mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan badan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis yang mengandungi asid hydroxycitris dianggap antara ejen terbaik mengurangkan kolesterol.

Asam gelugur dipercayai dapat membantu mengurangkan asid lemak selain meningkatkan pengeluaran glikogen di hati serta meningkat suhu badan.
- Bawang Putih -

Bawang putih atau Alium sativum pula memang sudah menjadi bahan dapur utama ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Penggunaan bawang putih sebenarnya bukan sekadar untuk menyedapkan makanan semata-mata kerana ada kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Penduduk awal Amerika menggunakan bawang liar untuk merawat demam, batuk dan asma manakala dalam perubatan Cina, bawang banyak digunakan untuk menangani masalah batuk, jangkitan bakteria serta masalah pernafasan.

Masyarakat Syria dikatakan mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit-birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dipercayai membantu untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolesterol serta tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah. Kandungan bawang putih bukan saja menghasilkan antibodi, tetapi turut membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyokong penggunaan bawang untuk mereka yang mengalami masalah kurang selera makan serta mencegah atherosclerosis selain dapat membantu meredakan masalah batuk, asma dan bronkitis.

- Serai -

Serai pula boleh didapati dalam dua jenis utama iaitu untuk dimakan dengan nama saintifik Cymbopogen citratus dan serai wangi, Cymbopogen nardus. Menurut laman web Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), tanaman serai makan dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala serta China.

Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tom yam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas kerana aroma serta rasanya yang unik dapat meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati yang berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau lemon.


Serai wangi pula banyak digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun, di kebanyakan negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak pati yang dikenali sebagai citronella di pasaran antarabangsa. Seperti herba lain, limau purut juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaan. Daunnya banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Daripada aspek kesihatan, limau purut banyak digunakan sebagai ramuan ubatan dan bahan untuk mandi wap kerana ia dipercayai membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.

Friday, September 10, 2010

Risiko Makan Banyak di Musim Raya


Siapa mampu menolak juadah pagi raya apabila lemang, ketupat dan rendang yang penuh menyelerakan terhidang di atas meja makan menunggu untuk dijamah. Sementara menanti makan tengah hari, mulut mengunyah biskut raya dan kerepek sambil menonton rancangan menarik sempena raya di kaca televisyen.

Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam serta kolesterol yang tinggi. Itu belum dengan pelbagai jenis minuman manis yang sentiasa
tersedia di dalam bekas air.


Begitulah lumrah pemakanan bagi kebanyakan individu setiap kali menjelang 1 Syawal. Puasa sebulan terus dibalas dengan makan dalam sehari.


Risiko Terkejut

Namun apakah risiko yang mungkin terjadi pada sistem perut dan penghadaman yang tiba-tiba dikejutkan dengan pemakanan mendadak ini?



Dalam keadaan berpuasa, kadar metabolik turun kerana tidak banyak makanan untuk diproses. Namun apabila hari raya, individu yang makan terlalu banyak boleh mengakibatkan kadar metabolik mereka semakin tidak stabil.

Kerana keadaan ini, individu yang makan berterusan akan mengalam
i penambahan berat badan secara mendadak, segala makanan yang masuk secara banyak itu tidak boleh dibakar oleh sistem metabolisme kerana keadaannya yang lemah selepas sebulan berpuasa.



Makan Alas Perut

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh individu pada pagi raya ialah makan alas perut seperti buah-buahan dan sayuran sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang.

Alas perut memang penting kerana apabila kita mengambil buah dan sayur yang kaya dengan serat, akan memberi lapisan kepada usus supaya lemak tidak diserap dengan banyak ke dalam darah. Antara buah yang baik dimakan ialah buah limau, epal hijau, kiwi dan salad.


Elak Kafein

Seperkara lagi yang perlu dielak pada musim raya ialah pengambilan minuman yang mengandungi kafein. Bukan kopi dan teh sahaja yang mengandungi kafein, air bikarbonat juga mengandungi kafein.


Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya, apabila kita makan makanan berlemak, minumlah air suam dan jus buah sebagai alternatif.

Salah satu cara penyerapan lemak terbaik untuk tubuh ialah pengambilan soy lecithin sebelum makan makanan berlemak. Makanan tambahan ini berfungsi sebagai p
enyerap lemak yang akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar.

Elak Kerepek

Kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi.

Bahan makanan bergoreng dan mengandungi oksida tinggi ini bole
h menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelesaiannya mereka disarankan mengambil bahan anti-oksida seperti vitamin A, C dan E.

Jika mahu makan kerepek, pilihlah kerepek daripada jenis dipanggang seperti emping jagung. Jika suka makan kekacang pula pilihlah kacang parang atau kacan
g kuda yang mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi.

Jangan makan makanan mengandungi protein sekali gus. Sebagai contoh, makan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus hanya akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan.

Protein lain seperti daging dan sotong akan terus menjadi toksin ya
ng sekiranya tidak dibuang akan menjadi penyebab penyakit seperti migrain dan masalah-masalah lain.


Risiko Makan Banyak

Antara risiko yang boleh terjadi pada individu yang tidak mengawal pemakanan mereka pada musim raya ialah sembelit.

Apabila sembelit berlaku, masalah seperti buasir akan timbul. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau.

Ketika bulan puasa, pesakit darah tinggi atau kencing manis akan turun kadar glukos dan kolesterol tetapi naik mendadak pada musim raya. Kita tidak mahu bulan raya diserang penyakit berbahaya, sebab itu kena kawal makan.

Buang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap pada hari raya, pastikan juga minum air kosong 8 gelas sehari demi kesihatan yang optimum.

Sunday, August 8, 2010

Hayati Puasa Anda.....



Bermula dengan penciptaan alam, manusia telah diamanahkan oleh Allah untuk memakmurkan bumi ini dengan perlaksanan syariatNya. Bahawasanya telah diwajibkan ke atas kita semua khususnya para umat Islam agar mengimani kesemua rukun Iman dan melaksanakan rukun
Islam. Di samping itu kita juga dituntut untuk mengkaji setiap hikmah di sebalik kejadian dan suruhan Allah. Sesungguhnya ilmu sains itu dapat memberikan pengetahuan yang mendalam dan seterusnya memantapkan lagi keimanan terhadap Allah bagi mereka yang mengetahui
dan mempelajarinya.



Salah satu contoh yang dapat kita kemukakan bersama bagi menjelaskan lagi hikmah setiap suruhan Allah itu ialah berpuasa.

Hadith tersebut telah memberikan satu gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat berpuasa. Seluruh pakar perubatan telah bersetuju menyatakan bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam
penyakit terutamanya kegendutan yang menyebabkan timbulnya sub penyakit lain. Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Sesungguhnya kesan lapar di dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan.

Seorang pakar Barat (Dr. Mc Padun) telah menyatakan setiap orang perlu menjalani tempoh berpuasa walaupun tidak dikesan menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya. Kekurangan berat pada badan juga dapat dipulihkan segera dalam tempoh tidak lebih daripada 20 hari.

Dr. Hisyam Ibrahim AI-Khatib, AL-Wafiz Fi al-Tib, Umman menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengkajian ini diteruskan lagi apabila didapati punca berlakunya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau
lebih daripada kadar keperluan badan. Ini menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi keseluruhan pergerakan badan. Seterusnya penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan individu tersebut. Sesungguhnya tiada ubat yang khusus bagi memulihkannya melainkan dengan berpuasa kerana dengannya wujudlah satu sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik
dan bertenaga.

Amalan puasa yang disyariatkan oleh Allah terutamanya puasa Ramadhan dapat menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu paras yang dikehendaki. Jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Sya'ban seterusnya Isnin dan
Khamis nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang bagi tempoh setahun. Pakar perubatan Islam iaitu Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Eksperimennya
ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sepertimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang.

Daripada sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan. Kesimpulannya puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kegendutan. Selain itu dari sudut fizikalnya, puasa juga dapat merehatkan tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan buruk juga dapat dihakis sedikit demi sedikit contohnya membantu membasmi ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan organ di dalam badan.

Menurut dua pengkaji Islam dari Syiria dalam kitabnya yang berjudul At Tib Fil Quranil Karim menerangkan kepada kita akan faedah berpuasa :

-Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan.

-Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.

Maka secara keseluruhannya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.
Related Posts with Thumbnails