Friday, April 20, 2012

Sekitar Bio-RACE contest 2012

Minggu Sains dan Matematik untuk tahun 2012 ini, PanitIa Biologi telah menyediakan satu aktiviti yang baru; dinamakan Bio-RACE contest, ala-ala Explorace lah kiranya. Diucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan pelajar-pelajar 2 Aisyah...

Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti tersebut :

Radas persediaan untuk Stesen "Blow Twice"
Masa itu Emas! Radas dan bahan untuk stesen "Mysterious Solution"
"Whose cell?" : Stesen B yang memerlukan kecekapan penggunaan mikroskop.
Radas untuk stesen terakhir : "Run & Find", menguji kecekapan minda.
Pastikan 2 suis yang berbeza di 'on' kan terdahulu.
Stesen "Organ Guess" - menggunakan deria sentuhan
Stesen "Blow Twice"- jangan sampai tersedak!
"Tissue Crossword" - Stesen yang agak mencabar.....
Mencari organisma yang :'breathing with gills' - Stesen "Run & Find"
"Doctors to Be Quiz"- Stesen C.
Stesen terakhir....
Cara membaca jam randik...
Kumpulan 4IK
Kumpulan 4IR
Kumpulan 4IS (1)
Kumpulan 4IS(2)
Kumpulan 4AK
Inilah dia organ yang diteka....
Mencari-cari....animals with 6 legs. ("Run & Find")
Recycle Logo means = Reuse, Reduce, Recycle



SENARAI TOP TEN UJIAN 1 2012



TINGKATAN 4

1 - FATIN NADIA BT MOHD ZAIDI (4AK) - 90 (A+)
2 - NUR UMISHA BT ZAINUDIN (4IK) - 90 (A+)
3 - NURIN ASFA AQILAH BT ABD AZIZ (4IK) - 90 (A+)
4 - SUHAILAH BT RAHMAM (4IS) - 90 (A+)
5 - UMMI KALSUM BT HASHIM (4AK) - 88 (A+)
6 - DIYANA BT AZMI (4AK) - 86 (A)
7 - NADZIRAH BT ABDUL RASHID (4AK) - 86 (A)
8 - NUR HAZIQAH SURAYA BT ABDUL HARIS (4IK) - 86 (A)
9 - NURHAFIZAH BT MOHD ZAKIR (4IR) - 86 (A)
10 - SITI NUR NABILAH SAIFUL RAHIMI CHUA (4IR) - 86 (A)



TINGKATAN 5

1 - NUR SYUKRINA BT HJ ISMAIL (5AK) - 82 (A)
2 - SHARIFAH NUR AMALINA BT SYED SALLEH (5AK) - 81 (A)
3 - SITI HAZIRAH BT JAMALUDDIN (5IR) - 80 (A)
4 - ALIAH SYUHADA BT AMIR (5AK) - 78 (A-)
5 - NURHAZIRAH  HANANI BT MOHD RODZI (5IK) - 78 (A-)
6 - FARAH BT YUSOF (5AK) - 77 (A-)
7 - HUMAIRAH BT MOHD GHAZALI (5AK) - 77 (A-)
8 - NURUL NATASHA BT MAMAT (5IR) - 77 (A-)
9 - SAFWAH NAJIHAH BT BAHARIN (5IR) - 75 (A-)
10 - NOORA SHAFIKA BT IRMAN (5AK) - 72 ( B+)
11 - SHARIFAH FARHAH ATHIRAH SYED A.HALIM (5AK) - 72 (B+)
12 - HANIS YASMIN BT AB RAHIM (5IK) - 72 (B+)
13 - NURFATIN AIDA BT ROSLAN (5IK) - 72 (B+) 



Wednesday, April 4, 2012

Sekitar kejayaan SPM 2011

Keputusan peperiksaan SPM yang lalu telah mencipta suatu rekod baru buat sekolah. Pencapaian lonjakan saujana yang telah diperolehi jelas membuktikan komitmen yang jitu para pelajar batch 2011 tunjukkan dan ternyata ianya akan menjadi sumber inspirasi para pelajar sekarang. Sekalung ucapan TAHNIAH diucapkan buat kalian semua...


Bagi Panitia Biologi, peratus cemerlang yang dicapai kali ini adalah 28.4%. Suatu sejarah juga tercipta apabila dapat melahirkan puteri sulong utuk gred A+, sebagai pencapaian julung-julung kalinya. SYABAS buat Nurul Afiqah Zulkifli dari kelas 5 Al-Khawarizmi untuk kejayaan sulong Panitia Biologi ini bagi gred cemerlang tertinggi(A+). Tidak ketinggalan juga Tahniah diucapkan buat anda semua yang telah berjaya mencapai gred cemerlang tinggi(A) dan cemerlang(A) iaitu masing-masing seramai 11 orang.

SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENDAPAT CEMERLANG TERTINGGI ( A+)

NURUL AFIQAH BINTI ZULKIFLI   -  5AK


SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENDAPAT CEMERLANG TINGGI ( A )

NURUL HANIS BINTI SAMSUDIN  -  5AK 
FARAH NUR DINI BINTI HAMIDI  -  5IR
FATIN NAJIHAH BINTI AHMAD FARIS  -  5AK
AYUNI AMALINA BINTI RAHMAD  -  5IS
NADIA AMIRAH BINTI ZAKARIA  -  5AK
SOLEHAH AFIFAH BINTI MOHD AZHAR  -  5AK
NUR SYAHIRAH BINTI RAZAK  -  5IK
SITI AISHAH BINTI KASIM  -  5IS
NORMUJAHIDAH BINTI HASHIM  -  5AK
NOR ATIKA BINTI MUSBAH  -  5IR
NAZATUL HUSNA BINTI JEFFRI  -  5AK


SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENDAPAT CEMERLANG ( A- )

NURUL ATIQAH BINTI HAZARAIMI  - 5AK
NUR AINI BINTI MA`SOM  -  5AK
NUR FARHANAH BINTI ZAINAL  - 5AK
NURUL ASHIKIN BINTI NORDIN  -  5IK
NOOR ELLYYU HAFIZAH BINTI MOHD ZAHAISHA  -  5AK
SITI ARIFFAH BINTI JENAL  -  5IS
ZAHIRAH BINTI SAHARI  -  5AK
NUR FATIN FARHANA BINTI SULAIMAN  -  5AK
NURUL ARDANI BINTI AZHAR  -  5AK
SITI HANISA BINTI AWAL  -  5IK
ANIS NUR HAMIZAH BINTI KAMARUDIN  -  5IR

Semoga kejayaan yang tercipta akan menjadi sumber inspirasi buat semua yang mengambil subjek Biologi, insya Allah. Dan didoakan semoga kejayaan yang diperolehi akan semakin mendekatkan diri kita semua kepada pencipta kita nan satu Al-Khaliq.....

Wednesday, March 28, 2012

Pokok Enau / Kabung

Daughter : Asmaa' dah tulis(rekod) semua buku dalam buku NILAM.

Ibu : Berapa banyak buku yang Chemak(panggilan manja Asmaa') tulis tadi....?

Daughter : Ada 3....(sambil menunjukkan kepada ibu)

Ibu : Mmm....buku ni bagus, tentang Pokok Enau. Buku macam ni elok dibaca, sebab banyak maklumat yang boleh kita dapat...

Daughter : (sambil mengambil semula buku itu lalu membelek....)....pokok enau ni macam pokok kelapa ya, bu...? dia tinggal(tumbuh) kat belukar.... Lidi dia boleh dibuat penyapu....


Pokok Enau / Kabung
 Pokok Kabung atau juga dikenali sebagai pokok Enau di Indonesia, (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.
 Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.
Pokok Kabung yang umpama pokok palma
 Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.
Buah Kabung yang berjuntai pada tandan
 Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.
Buah Kabung
Pokok Kabung - sumber Wikipedia
Tandan pokok Kabung yang berjuntaian tandannya
 Di Kampung Gajah, Perak, tandan buah kabung dikait dengan pengait setinggi 30 kaki atau pokoknya dipanjat. Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan. Buah kabung dileruikan (dipisahkan) dari tangkainya dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan. Setelah 1-2 jam direbus, buah tadi dibelah dua atau tiga. Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat. Warnanya putih jernih. Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan diberi pewarna.
Buah Kabung selepas dibubuh pewarna
 Buah kabung kekadang disebut sebagai buah kantor. Isi kantor ini dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang dijual di pasar Ramadan di Kampung Gajah, Perak.
 Biji buah Pokok Kabung merupakan buah atap yang lut cahaya dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang. Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau (klik untuk info & foto tambahan)
Pokok Kabung dipanjat untuk mendapatkan nira
Air Nira
 Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.
Buah Kabung dalam ABC
Buah Kabung dalam sejenis pencuci mulut di Kelantan; Locong
Buah Kabung dalam Ais Batu Kacang "Superb"
Peribahasa Melayu kita ada mengambil nama "Enau" ini; iaitu :

"Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"
Maksudnya = mementingkan diri sendiri dan tidak suka untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

Sunday, March 25, 2012

Kanggaru

  Kangaroo ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam famili Macropodidae. Dalam kegunaan am istilah ini digunakan untuk menghuraikan spesis terbesar dalam famili tersebut, iaitu Kanggaru Merah, Kanggaru Antelop dan Kanggaru Kelabu Timur dan Barat dalam genus Macrapus. Famili tersebut juga merangkumi banyak spesis yang lebih kecil termasuk walabi, kanggaru pokok, walaroo, pademelon dan Quokka, iaitu jumlahnya 63 spesis yang hidup. Kanggaru adalah endemik kepada benua Australia, manakala makropod yang lebih kecil ditemui di Australia dan New Guinea.

Kanggsru Merah
Kanggaru Antelop
Kanggaru Kelabu Timur
  Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan. Namun, timbul juga kontroversi mengenai penternakan kanggaru untuk dagingnya.

Kanggaru merupakan satu ikon negara Australia: haiwan ini sering ditampilkan pada jata negara Australia, diadun pada sesetengah bentuk matawang dan juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan Australia, termasuk syarikat penerbangan Qantas.

Tuesday, February 28, 2012

ALL THE BEST!

For all Science students of Form 5(5 March 2012/Monday) and Form 4(2 March 2012/Friday), GOOD LUCK and All The Best for the coming Test. Ready yourselves and try your best. May Allah always be with you, and may success be yours.....


Monday, February 27, 2012

Tips 27 Februari 2012 - FOKUS

Antara tips ingatan dalam sejenak bersama pentadbir perhimpunan hari ini : Untuk menjadikan pembelajaran seseorang murid itu lebih berkesan dan boleh menyumbangnya  ke arah pelajar cemerlan, untuk sesuatu sesi P&P itu, hendaklah murid itu :

1) Bersangka baik kepada guru sebelum guru memulakan sesi P&P.

2) FOKUS sepanjang sesi P&P berlangsung

3) Terus bertanya di akhir sesi P&P, bagi mana-mana bahagian yang terlepas pandang.

Maka, amalakanlah... Semoga kejayaan menjadi milik anda semua...


* Untuk menjalankan tips kedua, iaitu FOKUS, otak manusia selaku organ yang bertanggungjawab untuk membolehkan seseorang itu fokus dalam menjalankan sesuatu kerja; contoh memandang guru dan membaca apa yang cikgu tuliskan. Untuk melakukan proses memandang dan membaca tadi pula, dengan kehadiran kanta dalam bebola mata manusia, cahaya difokuskan kepada imej supaya otak dapat mentafsir apa yang dilihat dan apa yang dibaca.....

Selamat Memberikan Tumpuan(FOKUS) di dalam kelas anda...


Latihan Otak dan Mata : *Fokus dahulu sebelum menjawab .....

Adakah garisan-garisan ini lurus?
Bola-bola biru kecil ini sebenarnya tidak bergerak! Mengapa?
Bolehkah anda membaca perkataan, bukan warna perkataan itu?

Monday, February 6, 2012

The Memories.....








All in memories.... The most important thing is to remember all the most popular sub-topics from this activity; such the differences between the human circulatory system and the amphibian circulatory system (also comparison with the fish and insect circulatory system)



Tekanan Darah Rendah / Low Blood Preasure(Hypotension)

 Penyakit tekanan darah rendah atau Hipotensi (Hypotension) adalah suatu keadaan di mana tekanan darah seseorang turun dibawah angka normal, iaitu mencapai nilai rendah 90/60 mmHg. Tidak seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah ditentukan terutama oleh tanda-tanda dan gejala-gejala dari aliran darah yang rendah dan bukan oleh angka tekanan darah yang spesifik. Tekanan darah ditentukan oleh dua faktor, iaitu :

i) Jumlah darah yang dipam oleh ventrikel kiri jantung ke dalam arteri-arteri. 
ii) Daya tahan (resisten) pada aliran darah yang disebabkan oleh dinding-dinding dari arteriol (arteri-arteri yang lebih kecil).
 

 Pada umumnya tekanan darah cenderung lebih tinggi jika lebih banyak darah yang dipam ke dalam arteri-arteri atau jika arteriol-arteriol adalah sempit dan keras. Jika arteriol-arteriol sempit dan keras, keadaan ini akan menahan aliran darah, meningkatkan tekanan darah. Sebaliknya, tekanan darah cenderung lebih rendah jika lebih sedikit darah yang dippma ke dalam arteri-arteri atau jika arteriol-arteriol adalah lebih besar dan lebih lentur. Disebabkan itu, ia mempunyai kurang ketahanan (resisten) pada aliran darah.


 Gejala umum pada seseorang yang mengalami tekanan darah rendah adalah mereka sering mengeluh dengan keadaan sering pening, sering menguap, penglihatan terkadang dirasakan kurang jelas terutama selepas duduk lama lalu bangun dan terus berjalan, berpeluh dingin, merasa cepat letih tidak bertenaga, bahkan sehingga boleh mengalami pengsan yang berulang.

 Orang-orang yang mempunyai tekanan darah rendah mempunyai risiko yang lebih rendah dari stroke, ginjal dan jantung. Olahragawan, orang-orang yang berolahraga secara teratur, orang-orang yang memelihara berat badan yang ideal, dan orang-orang bukan perokok cenderung mempunyai tekanan-tekanan darah yang lebih rendah. Oleh karenanya, tekanan darah rendah diinginkan sepanjang ia tidak cukup rendah untuk menyebabkan gejala-gejala dan merosak organ-organ dalam tubuh badan.

 Faktor-faktor yang mengurangkan isipadu darah, mengurangkan jumlah darah yang dipam oleh jantung dan ubat-ubatan adalah penyebab terjadinya tekanan darah rendah. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tekanan darah rendah (hipotensi) yang menimpa, di antaranya:
 
i) Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar memacu peningkatan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat.


ii) Pengambilan ubat-ubatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktiviti seharian, selain itu doktor hanya akan memberikan vitamin   support/placebo) serta beberapa saran yang dapat dilakukan bagi pesakit.

iii) Mengambil makanan yang cukup kandungan kadar garamnya.

iv) Pada golongan wanita dianjurkan untuk mengenakan sarung kaki(stocking) yang elastik.


v) Beriadah dengan teratur seperti berjalan pagi selama 30 minit, dengan kadar minimum 3 kali seminggu dapat membantu mengurangkan timbulnya gejala.


Sekali lagi harus difahami bahawa tekanan darah rendah membawa erti bekalan darah tidak maksimum ke seluruh bahagian tubuh badan. Terdapat juga kajian telah membuktikan bahawa pengambilan buah anggur(klik sini) dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah rendah.



Related Posts with Thumbnails