Friday, July 30, 2010

Inheritance / Pewarisan / Genetik


The most interesting chapter for Biology, I think..



At this moment, when everyone is finishing the syllabus, just thinking myself what is going to help me to be still energetic to all the students and to make themselves confident that we will also finishing it..... There you come my favourite chapter to be shared with you all, my dearie students...
Inheritance....

Starting with the Mendell First Law or The Law of Segregation that telling us about in a pair of characteristics (e.g. blue and brown eye colour) only one can be represented in a gamete. What Mendell meant was that for any pair of characteristics there is only one gene in a gamete even though there are two genes in ordinary cells.



While in Mendell Second Law or The Law of "Independent Assortment". This says that for two characteristics the genes are inherited independently. For example, If you had the genotype AaBb you would make four kinds of gametes: they would contain the combinations of either AB, Ab, aB or ab.


So, there are some more interesting sub topics to be finished by this August. Just check it out, how could you involve yourself in enjoying these wonderful sub topics.. See you in class!




The mouse fur(colour of the fur)



Drosophilla melanogaster



Abbility to roll the tounge



Having an albino son



Colour blindness vision

Saturday, July 24, 2010

Porcupine....(don't be confused with porcupine fish!)

Landak Malaysia - landak raya


Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.

Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.

Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.

Landak Albino


Beza jantina landak

Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.

Anak landak

Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari Famili Hystricidea (Legakul & Mc Neely 1977, Medway 1978, Nowak 1999) iaitu spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung).

Ada juga spesies landak yang boleh dijadikan haiwan peliharaan. Seperti jenis hedgehog ini.....

..saiznya lebih kecil dan ada variasi jenisnya. Bagi peminat-peminat mempunyai pet yang pelik-pelik, mengapa tidak anda mencuba spesies landak ini....tentu menyeronokkan...

Mmmm.....kalau di zaman kanak-kanakku, bulu landak dijadikan kayu penunjuk semasa mengaji. Sampai lusuh kayu penunjuk...nak pandai ngaji lah katakan.....



Alkisah suatu hari, perbualan 3 beranak ini membuatkan rencana ini diblogkan.....

Anak sulung : "Ibu, porcupine tu apa...yek?"

Ibu : "Dia sejenis pokok...macam pokok pine... Kenal kan? Yang tinggal kat tepi pantai tu"

Tiba-tiba si anak kedua menyampuk....

Anak kedua : "Eh! bukan ke porcupine tu, landak...."

Anak sulung : "Tapi along macam ada teringat dulu, pernah terbaca porcupine tu, ikan buntal lah, bu"

Anak kedua : "Itu porcupine fish lah...."

*untuk maklumat lanjut tentang landak, sila cari di sini : http://geogmalaysia.blogspot.com/
Blog ini juga mengandungi sukatan Geografi sekolah menengah





Annual Ring / Gelang Tahunan


Cross section of a red oak showing the annual rings


  • Annual Ring (gelang tahunan): garis-garis yang melingkar pada pokok yang menunjukkan umur pohon. Lingkaran terbentuk setiap tahun berdasarkan musim di mana pokok itu tumbuh.

  • Spring growth: lapisan yang terbentuk pada waktu musim gugur. Biasanya lebih nipis kerana pada musim ini pertumbuhan pokok lebih lambat.

  • Autumn growth: lapisan yang terbentuk di waktu musim semi (sejuk). Memiliki ketebalan lebih karena pohon tumbuh lebih cepat ketika musim ini dengan adanya proses pengolahan makanan untuk pohon yang lebih banyak.


  • Medullary rays: garis yang melintang dari pusat kayu hingga bahagian luar sebagai media penyimpanan makanan bagi pokok.


    Corak Gelang Tahunan ini mebuktikan bahawa pokok-pokok ini mengalami pertumbuhan sekunder, iaitu pertambahan kelebaran batang pokok atau pun peningkatan diameter batang pokok. Namun, bagi pokok-pokok di Malaysia yang beriklim Khatulistiwa, corak Gelang Tahunan ini tidak kelihatan ketara dek iklim negara kita yang hujan dan panas sepanjang tahun.

    Maka, jangan lah pula kita tersalah tafsiran ye, contohnya dengan batang pokok pisang seperti dalam gambar di atas....



    Tuesday, July 20, 2010

    SKOR 'A' BIOLOGY - Tingkatan 4

    SKOR 'A' BIOLOGY
    20 JULAI 2010


    Seperti yang dirancang, alhamdulillah SKOR 'A' Biology untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 berjaya dilaksanakan, walaupun mungkin agak kurang selesa dari segi kesempurnaan tempat kami...., maklumlah Skor A Biology ditentukan berjalan di Blok F. Keadaan bekas kelas Tingkatan 1 itu memang pada mulanya agak membuatkan jatuh sedikit semangatku pada awal ketibaanku di situ.....



    Sebaiknya, pada pandanganku tempat itu sebaiknya dinaiktarafkan; dalam erti kata lain, dijaga, dibersihkan dan sentiasa dalam perhatian, supaya tidak nampak usang di pandangan mata warga As Sharifah... Apatah lagi untuk tujuan penerimaan segala input bagi pihak pelajar....(*semoga akan ada perubahan..., insya Allah)

    Kepada semua pelajar yang menghadiri, Tahniah! Semoga akan dapat memberi sumbangan kepada pencapaian subjek Biologi anda selama ini yang mungkin kurang memberangsangkan. Bagi yang telah pun mencapai tahap yang agak membanggakan, semoga dapat terus meningkatkan lagi prestasi anda. Kepada yang tidak dapat menghadirinya, cikgu sentiasa positif yang kalian akan dapat hadir semasa slot yang sama untuk Tingkatan 5 akan datang....

    Saturday, July 17, 2010

    Yesterday, Today, Tomorrow flower.....


    Tahukah anda....warna kelopak bunga Yesterday, Today, Tomorow berubah ikut usianya Namanya amat unik - bunga Yesterday, Today, Tomorow selain turut dikenali Sunday Morning atau Morning Noon Night. Namun, bukan saja namanya pelik, malah bunga yang nama saintifiknya, Brunfelsia pauciflora juga mempunyai ciri unik kerana bunganya bertukar warna mengikut usianya iaitu semakin matang, semakin cerah warnanya.

    Bagaimanapun, bunga yang turut dikenali Brunfelsia biru ini dan dalam kategori kelompok renek, bukan saja menawan, tetapi berbau harum. Ciri-ciri ini menjadikannya antara bunga paling laris sebagai pilihan menghias laman. Bunga daripada keluarga Solanaceae yang turut mempunyai 30 spesies lain dalam kategori sama, dikatakan berasal dari Brazil biarpun ada jurnal botani mendakwa ia berasal dari Afrika Selatan.


    Bagaimanapun, biarpun profil asal di dua negara itu, bunga Yesterday, Today, Tomorrow ini banyak ditemui di laman kediaman di Asia dan kawasan beriklim tropika di Amerika tengah dan Selatan.

    Sekali imbas ia seperti bunga melur, tetapi kelopaknya lebih lebar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 9 kaki. Bunga ini mempunyai lima kelopak dan wangi. Ia berwarna ungu, dan putih yang menggambarkan usia sebenarnya. Jika anda menemui bunga warna ungu tua, ini bermakna ia baru berkembang. Setahun kemudian, ia mengeluarkan bunga berwarna ungu muda seperti lavender dan apabila matang, ia berwarna putih.


    Ia yang sering menjadi tumbuhan laman dan hiasan laman sebagai pokok pagaran dan wangian, juga membiak melalui keratan batang dan biji benih, tetapi buahnya amat jarang ditemui.

    Bagi mereka yang sukakan kelainan di laman, pokok ini boleh ditanam dalam pasu untuk dijadikan hiasan dalaman dan sesuai untuk mengharumkan kawasan yang mempunyai ruang terhad.


    Malah bagi memastikan keserian dan wanginya menguasai ruang yang diingini, p
    eminat bunga ini digalakkan menanam pokok berkenaan di dalam pasu untuk memudahkan usaha mengalihya ke sudut laman rumah. Pokok ini dikategorikan tumbuhan yang ‘mesra’ iklim sederhana tetapi memerlukan air yang banyak serta cahaya matahari. Bagaimanapun, ketika musim panas ia lebih sesuai diletakkan di kawasan yang agak redup.

    Bagaimanapun, di sebalik kecantikan fizikal dan baunya yang wangi, bunga
    Yesterday, Today, Tomorrow ini, sebaliknya satu tumbuhan beracun. Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat. Oleh kerana ia berbau harum, bunganya banyak digunakan untuk rawatan aromaterapi tetapi tiada khasiat perubatan yang diperoleh untuk spesies ini. Ada laporan jurnal yang menasihatkan supaya bunga ini dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan kerana dikhuatiri akan dimakan dan boleh menyebabkan keracunan.



    Nama: Yesterday, Today, Tomorrow

    Nama Saintifik: Brunfelsia pauciflora

    Nama Lain: Brunfelsia biru, Morning-Noon-and-Night, Brunfelsia Floribunda

    Spesies famili: Solanaceae

    Asal: Brazil dan Afrika Selatan

    Tip tanaman
    # Pokok bunga ini seelok-eloknya ditanam di dalam pasu bagi memudahkan usaha mengalih tumbuhan ini terutama ketika musim hujan. Ini bagi mengelak tumbesarannya terjejas atau rosak akibat hujan. # Pokok ini juga perlu sentiasa dipangkas bagi mengawal pembesarannya serta pengeluaran bunga. Pangkasan ini juga dapat menjadikan bentuknya lebih menarik. # Perkara yang perlu diutamakan ketika menyiram pokok ini adalah menjarakkan tempoh siraman. Memadailah jika ia disiram dengan air mencukupi dan tidak kerap bagi memastikan akar pokoknya tidak rosak akibat terlalu banyak air. # Masa paling elok bagi siraman adalah pada awal pagi atau petang. Ini bukan saja dapat menjimatkan air tetapi pada masa sama, menjaga kesuburan tumbuhan ini.

    Double Fertilization in flowering plants(klik here)

    Wednesday, July 14, 2010

    AWASlah...pemakanan kita.

    JELI KULIT BABI

    jeliresize
    Memang banyak dijual...kat kedai-kedai runcit dan pasar-pasar malam, juga mungkin bas-bas sekolah yg ada jual sweets/candy jenis2 ni dalam bas diorang....
    pesan-pesan lah pada anak2, kesian diorang...jgn diabaikan bende2 ni, Dah keluar dalam Harian Metro pun masih belum percaya lagi!!!, tapi kot2 kita semua tak perasan atau tak baca.
    Jely nie banyak dijual secara sukat kat Airport!!!, kedai2 jual gula2 dan
    dimana2 saja.
    Mudah2an kita dapat mengambil perhatian,
    InsyaAllah

    Saturday, July 10, 2010

    TOP TEN LIST : Mid Year Examination 2010



    FORM 5
    :

    1) NUR HUDA BT BORHAN 5IR (#) --> 71
    2) NUR AMALINA BT ISMAIL 5IR (#) --> 66
    3) NUR FATIN NADHIRAH SULAIMAN 5AK-> 64
    4) NUR AMALINA BT OMAR 5IK (
    #) --> 64
    5) UMMI NASRAH BT TALIB 5IK (
    #) --> 63
    6) NUR AIN BT ZAFRUDIN 5IK --> 62
    7) NUR ZAHIRAH BT ABD RANI 5AK (#) --> 61
    8) SITI AISHAH BT HASRUL SANI 5AK --> 60
    9) NUR AMIRAH BT AB RAHMAN 5AK --> 60
    10) SAJIDAH BT AZHAR 5AK --> 60






    FORM 4 :

    1) NURUL ATIQAH BT HAZARAIMI 4IS (#) --> 84
    2) AYUNI AMALINA BT RAHMAD 4IS --> 84
    3) FARAH NUR DINI BT HAMIDI 4IR (
    #) --> 83
    4) NURUL HANIS BT SAMSUDIN 4IS (#) --> 83
    5) SITI AISHAH BT KASIM 4IS (
    #) --> 83
    6) NOR ATIKAH BT MUSBAH 4IR (
    #) --> 82
    7) NUR FATIN FARHANA
    BT SULAIMAN 4AK --> 81
    8) NURUL ASHIKIN BT NORDIN 4IK (
    #) --> 79
    9) NURUL AFIQAH BT ZULKIFLI 4AK --> 79
    10) NORMUJAHIDAH BT HASHIM 4AK (
    #) --> 78

    (#) = TELAH BERADA DALAM SENARAI TOP TEN
    SEBANYAK DUA KALI.



    Syabas! Tahniah untuk semua yang tersenarai. Kekalkan prestasi ini. Kepada yang lain, terus berusaha dengan lebih gigih dan tekun, supaya seiring kejayaan yang bakal digarap nanti, insya Allah....

    Thursday, July 8, 2010

    Kejadian Insan - suatu renungan ilmu...(klik sini)

    Semoga apa yang dipertontonkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan
    dan mendekatkan diri kita sebagai hambaNya
    yang tawadhu' dan menjadi
    insan yang bersyukur.
    Insya Allah...

    Kehamilan Luar Rahim - Pembedahan Laparoskopi(klik sini)

    Kehamilan luar rahim

    Kehamilan luar rahim yang biasanya berlaku di saluran fallopian adalah sangat merbahaya kerana ia boleh pecah dalam perut menyebabkan perdarahan yang banyak serta mengancam nyawa dan adakalanya membawa maut jika lambat bertindak. Tetapi kebanyakannya mereka terselamat jika cepat masuk kehospital dan diberi rawatan cemas secara pembedahan.



    Mereka yang terdedah kepada kehamilan luar rahim terdiri daripada wanita yang sukar mengandung atau mandul, mereka yang pernah menjalani pembedahan ke atas perkakas peranakan, untuk appendix atau pada bahagian usus. Mereka yang telah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan mereka yang pernah atau sedang menggunakan alat dalam rahim (IUCD), juga terdedah kepada risiko kehamilan luar rahim.


    Selain daripada perdarahan, ia juga mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian perut, mengulas rasa nya dan mereka kadang-kadang hampir pitam akibat daripada kesakitan tersebut.



    Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu.

    Kes seperti ini berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya dalam kebanyakan kes kandungan di luar rahim, telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen.

    * perkongsian dari laman :
    http://www.hamidarshat.com/
    http://drpakar.blogspot.com/

    Wednesday, July 7, 2010

    FORM5 - Chapter 4 : Reproduction-normal delivery(klik)

    *Tujuan klip video yang ditunjukkan ini adalah semata-mata untuk
    melengkap dan memantapkan kefahaman P&P Biologi
    untuk tajuk yang berkenaan.
    Wallahua'lam...

    Saturday, July 3, 2010

    Anda tahu "Dejavu"?(klik untuk bacaan lanjut-English version)


    Dejavu atau yang membawa maksud pernah mengalami atau melihat sesuatu hal yang dirasa pernah dialami sebelumnya. Apa pula tafsiran dari wikipedia mengenai dejavu?

    Wikipedia :
    Déjà vu(/ˈdeɪʒɑː ˈvuː/ (bantuan·info)) adalah sebuah frasa Perancis dan artinya secara harafiah adalah "pernah lihat". Maksudnya mengalami sesuatu pengalaman yang dirasakan pernah dialami sebelumnya. Fenomena ini juga disebut dengan istilah paramnesia dari bahasa Yunani para (παρα) yang artinya adalah "sejajar" dan mnimi (μνήμη) "ingatan". Menurut para pakar, setidaknya 70% penduduk bumi pernah mengalami fenomena ini.

    Dejavu VS Mimpi.....
    Jika dilihat dari sudut lain mengenai dejavu..mimpi..apa kaitannya? "Oh saya pernah mimpi tempat ini...dan ya ini adalah tempat yang pernah saya mimpikan." Kalau berbicara tentang mimpi, mimpi pula adalah suatu misteri. Kadangkala, mimpi merupakan suatu petunjuk, peringatan atau pelipur lara. Bersyukurlah jika anda bermimpi meskipun mimpi yang agak menakutkan atau seram.

    Oleh itu, apa hubungan antara mimpi dengan dejavu? Mimpi itu suatu misteri yang berhubungan dengan jiwa dan fikiran pada ketika kita tidak sedar, sedangkan dejavu itu terjadi di saat kita sedar. Jangan pula kita keliru di sini! Hahaha!.

    Mimpi sebenarnya tidak ada hubungan dengan dejavu. Namun apa yang kita mimpikan kadang-kadang memang akhirnya terjadi. Secara konsep, ia merupakan suatu pengulangan (fake dejavu), tetapi secara teori, ini adalah cita-cita kita yang terbawa-bawa mimpi pada masa lalu.

    Bukan mudah untuk kita 'mempunyai pengalaman dejavu' ini. Mungkin hanya mereka yang terpilih sahaja boleh merasainya...tetapi, sebaiknya jika kita rasa seolah-olah seperti 'ada kelebihan dejavu' itu, sebaiknya dapatkanlah tidur yang cukup, banyakkan minum air putih, bertingkah laku, bersikap dan berfikirlah seperti orang normal....(jangan perasan...)

    Friday, July 2, 2010

    Keunikan Kuda Laut

    Kuda laut (Cavalluccio marino) merupakan haiwan yang sangat unik. Badannya diselaputi sejenis 'baju' atau seumpama “baju besi” yang berfungsi sebagai pelindung bahaya. Baju besi itu sangat keras seperti batu, bahkan tidak mudah dirosakkan dengan tangan manusia. Kuda laut termasuk dalam spesies ikan; bernafas dengan insang. Ukuran mereka bervariasi dari sekitar 4-30 sentimeter.

    Meskipun termasuk dalam jenis ikan, cara berenang kuda laut berbeza dengan cara berenang ikan. Kuda laut bergerak dalam air dengan cara mengubah isi kandungan udara dalam kantung renangnya. Jika kantung renang ini rosak atau kehilangan sedikit udara, kuda laut akan tenggelam ke dasar laut. Kuda laut juga berenang dengan tubuh yang tegak dan mereka dapat menganggukkan kepala ke atas dan ke bawah.




    Mata kuda laut sangat unik. Ia dapat melihat dua buah benda yg berbeza pada waktu yang sama. Matanya juga dapat bergerak dengan bebas, berputar-putar mengamati setiap sisi sehingga mereka dapat melihat sekelilingnya dengan mudah, tanpa harus menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

    Badan kuda laut mempunyai variasi warna iaitu seperti merah, kuning, hijau, dan hitam serta boleh berubah mengikut keadaan sinar matahari yang menyinari tubuhnya, dan keadaan tubuhnya sendiri. Walaupun memiliki banyak warna, namun terdapat spesies yang badannya lutsinar, sehingga tidak mudah dilihat. Kuda laut biasanya tinggal di sekitar batu karang laut dan men'cangkuk'kan ekornya pada celah batuan laut. Ia hidup tersebar di perairan iklim tropika di seluruh lautan dunia.

    Hal yang paling unik tentang kuda laut adalah si jantan, yang melahirkan anak-anaknya. Kuda laut jantan ini memiliki kantung perut yang besar dan pembuka seperti celah di bahagian dasar perutnya. Kuda laut betina akan meletakkan telur-telurnya secara terus ke dalam kantung perut itu dan kuda laut jantan mensenyawakan telur-telur itu pada ketika diletakkan ke dalam kantung itu.

    Lapisan dalam kantung perut bertindak seperti span dan dipenuhi dengan kapilari darah, yang berfungsi untuk membekalkan nutrien untuk telur atau embrio. Kantung perut atau kantung benih berfungsi untuk menyimpan telur yang diberikan oleh kuda laut betina. Telur yang telah disenyawakan akan membentuk embrio; yang akan bertumbesar sehingga 10 hari ke 6 minggu, bergantung kepada spesies dan keadaan air.

    Semasa kelahiran, kuda laut jantan akan menggetarkan ekornya sehingga bayi kuda laut keluar. Bayi-bayi kuda laut akan keluar dengan bentuk yang sangat kecil. Selain untuk mengandung, kantong kuda laut jantan juga berfungsi untuk mengawalatur kepekatan garam, agar sesuai dengan persekitaran luar saat telur menetas.

    Nasib dan kewujudan kuda laut kini ternyata terancam. Habitat kuda laut, berupa batu karang laut, rosak akibat perbuatan manusia. Keunikan pada kuda laut membuatkan ramai orang ingin menjadikannya koleksi mahupun ubat-ubatan; dengan itu telah mengakibat penurunan jumlah kuda laut karena ditangkap secara berlebihan.

    SAMA-SAMA SELAMATKAN SPESIES TERANCAM!
    Related Posts with Thumbnails